
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mempertingkat tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh di seluruh negara terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya menerusi pelaksanaan Operasi Lebih Muatan tahun ini.
Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, sepanjang 2025 JPJ sudah memeriksa 1.2 juta kenderaan, dengan 240,493 kenderaan diambil tindakan, manakala 465 kenderaan disita mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Menurut beliau, antara kesalahan tertinggi yang direkodkan sepanjang tempoh itu ialah:
- Gagal mematuhi Notis Arahan Pemeriksaan Berkala
- Tiada Lesen Vokasional
- Tayar kenderaan tidak disenggara dengan baik
- Tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Fokus Had Muatan, Penguatkuasaan Teknikal dan Sistem Had Laju
Aedy Fadly berkata, fokus utama Operasi Lebih Muatan kali ini adalah terhadap kenderaan yang melanggar had muatan dibenarkan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan-peraturan berkaitan.
Selain itu, operasi turut memberi penekanan kepada:
- Penguatkuasaan teknikal kenderaan
- Pematuhan penggunaan Sistem Had Laju (SLD)
Ia bertujuan memastikan kenderaan perdagangan beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya," katanya.
Audit JISA Sokong Penguatkuasaan
Beliau berkata, pelaksanaan Operasi Lebih Muatan turut disokong menerusi Audit JISA (Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan JPJ), yang berperanan menilai tahap:
- Pematuhan keselamatan
- Integriti operasi
- Pengurusan risiko
JPJ menegaskan, tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.
Tindakan penguatkuasaan di bawah Operasi Lebih Muatan akan terus diperkasa secara berterusan demi keselamatan jalan raya, kesejahteraan orang awam dan kelestarian sistem pengangkutan negara," katanya.
Tahap Pematuhan Pemandu Semakin Meningkat
Mengulas tahap pematuhan dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan, Aedy Fadly mendakwa menunjukkan trend peningkatan, selari kekerapan dan ketegasan operasi penguatkuasaan dilaksanakan JPJ.
Dalam satu operasi lebih tiga jam bermula jam 10 malam, 258 kenderaan diperiksa, dengan 88 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan, termasuk tiada lesen memandu dan kesalahan lebih muatan.
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply