Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat
Auto Terkini

JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

SyafieBy Syafie31/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemas kini garis panduan permohonan penubuhan Institut Memandu (IM) baharu dengan memperkenalkan pendekatan lebih fleksibel, termasuk membenarkan pembinaan litar latihan di dalam bangunan bertingkat.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, garis panduan itu digubal selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memperkukuh kawal selia industri institut memandu.

Atasi Kekangan Tanah di Kawasan Bandar

Menurut beliau, konsep IM dalam bangunan bertingkat merupakan langkah inovatif bagi menangani kekangan tanah terutama di kawasan bandar yang padat dan bernilai tinggi.

Namun, pelaksanaannya tertakluk kepada syarat ketat termasuk jaminan keselamatan fizikal kepada calon, tenaga pengajar dan orang awam, selain reka bentuk ruang dalaman yang kondusif serta menyokong latihan tanpa gangguan.

Peluang Baharu Kepada Pemilik Premis

JPJ turut membuka peluang kepada mana-mana pihak yang mempunyai bangunan atau gudang tidak digunakan untuk dijadikan institut memandu.

Bangunan seperti pusat beli-belah yang tidak digunakan juga boleh dipertimbangkan, namun kelulusan bergantung kepada pematuhan syarat termasuk struktur bangunan yang kukuh, terutama jika melibatkan pembinaan litar di bumbung,” katanya.

Beliau menambah, konsep ini hanya melibatkan latihan bagi lesen memandu Kelas D dan B, iaitu kereta dan motosikal.

Tiada Had Jarak, Lebih Fleksibel

Dalam masa sama, JPJ memperkenalkan beberapa perubahan lain termasuk tiada lagi penetapan jarak minimum antara IM baharu dengan IM sedia ada, selain tiada had minimum keluasan tanah.

Malah, tiada lagi persempadanan kawasan bagi calon, membolehkan institut memandu menerima pelajar dari mana-mana lokasi di seluruh negara.

Langkah ini dijangka meningkatkan akses kepada latihan memandu, selain memberi lebih pilihan kepada pengguna.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Institut Memandu (IM) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.