Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenali Jenis-Jenis Tayar – Lain Paten Bunga, Lain Prestasi
Autotainment

Kenali Jenis-Jenis Tayar – Lain Paten Bunga, Lain Prestasi

Han OthmanBy Han Othman19/08/201613 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS beberapa ribu kilometer bergolek atas jalan, tayar anda sekarang mula haus dan perlu ditukar. Namun, persoalan yang selalu bermain di fikiran, apakah jenis tayar yang sepatutnya anda beli?

Malaysia sangat bertuah kerana memiliki keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. Jadi pemilihan tayar sangat mudah, dan tidak kritikal seperti pengguna di negara-negara empat musim. Pemandu biasa negara ini cukup saja menggunakan tayar jenis semua musim (all season), dan bagi yang berduit mungkin memilih tayar yang lebih mencengkam. Dan ada juga mahukan tayar lebih senyap walaupun mungkin perlu mengetepikan aspek cengkaman.

Apapun, mari kita ambil tahu jenis tayar yang perlu anda pertimbangkan sebelum menukar tayar.

1. SEMUA MUSIM (ALL SEASON)

i. PENUMPANG


Ini ialah tayar asas sepanjang musim. Tayar jenis ini mampu bertahan lama dan memberikan keselesaan atas jalan. Terdapat juga tayar Touring dan Grand Touring sepanjang musim yang memberikan anda pengendalian terbaik dan senyap. Kebiasaannya, tayar sepanjang musim dengan simbol M+S membawa maksud kemampuan produk itu untuk kegunaan atas jalan berlumpur dan bersalji. Contoh tayar jenis ini ialah Cooper CS5 Touring.

ii. PRESTASI TINGGI

goodyear-eagle-sport-all-season-pandulajudotcomdotmy

Jika anda mahu traksi (traction) yang baik dalam sebarang keadaan cuaca berbanding tayar penumpang sepanjang musim yang standard, inilah masanya memilih model tayar berprestasi tinggi. Tayar berprestasi tinggi menggunakan kompaun istimewa untuk kekal fleksibel pada cuaca sejuk dan mencengkam kuat walaupun terdapat tumpahan merkuri. Contoh tayar ialah Goodyear Eagle Sport All Season Tire Long-Term.

iii. ULTRA PRESTASI TINGGI

toyo-proxes-4-plus-pandulajudotcomdotmy
Sama seperti tayar berprestasi tinggi, tetapi direka untuk pemanduan kelajuan tinggi. Tayar jenis ini boleh menyeimbangkan traksi basah dan kering untuk prestasi atas jalan berais dan salji dengan baik. Contoh tayar ialah Toyo Proxes 4 Plus.

iv. SEMUA CUACA

tayar-all-season-pirelli-scorpion-verde-pandulajudotcomdotmy
Dikenali sebagai tayar empat musim. Mempunyai lambang salji dan gunung yang menandakan kelayakan tayar ini bekerja dalam beberapa situasi buruk. Namun, jika anda mahu prestasi terbaik dalam salji, anda hanya ada satu opsyen iaitu memilih tayar salji. Sebagai perbandingan, tayar semua cuaca mempunyai paten bunga yang juga sesuai untuk cuaca panas, tetapi tidak terlalu sempurna. Jika anda peduli tentang ketahanan jangka panjang dan bunyi bising tayar, tayar semua cuaca tidak sesuai untuk anda.

2. MUSIM PANAS

i. GRAND TOURING

grand-touring-summer-tire-goodyear-excellence-pandulajudotcomdotmy
Tayar Touring dan Grand Touring untuk cuaca panas bukan direka untuk bergerak ketika musim salji atau ais. Ia dibikin untuk memberikan pengendalian responsif atas permukaan basah dan kering. Tayar jenis ini juga biasanya lebih senyap berbanding tayar panas lain.

ii. PRESTASI TINGGI

high-performance-yokohama-s-drive-pandulajudotcomdotmy
Tayar ini lebih responsif berbanding tayar panas tradisional Touring. Ia menyediakan respon stereng yang baik, tetapi boleh jadi lebih keras dan kurang selesa. Sebagai perbandingan dengan tayar kurang berprestasi cuaca panas, tayar jenis ini lebih cepat haus dan bising.

iii. ULTRA PRESTASI TINGGI

zeon-rs3-s-pandulajudotcomdotmy
Ini ialah tayar terbaik untuk prestasi kelajuan tinggi. Tayar ini menyediakan respon stereng yang menakjubkan dan mencengkam baik pada cuaca panas. Tetapi, ia juga sangat keras, bising dan mudah haus berbanding tayar cuaca panas lain. Tayar jenis ini biasanya digunakan pada kereta sport dalam saiz profil rendah. Selain tayar ultra prestasi tinggi, pembeli masih boleh memilih tayar yang lebih baik juga, iaitu tayar Max Performance Summer dan Extreme Performance Summer yang memberikan tahap responsif dan cengkaman luar biasa kepada peminat kereta ekstrem.

Contoh tayar prestasi tinggi ialah Falken Azenis FK453 atau Cooper Zeon RS3-S.

3. MUSIM SALJI

i. TANPA STAD

michelin-x-ice3-pandulajudotcomdotmy
Ini ialah tayar salji tradisional yang menawarkan cengkaman apabila merkuri tumpah. Paten bunga tayar ini lebih padat yang membantu getah menyingkirkan salji atau lumpur salji dengan memberikan tayar lebih permukaan cengkaman untuk mendapatkan traksi pada cuaca salji. Tayar ini masih berprestasi baik pada cuaca hujan dan panas, cuma terpaksa mengorbankan aspek pengendalian berbanding tayar salji lain. Contoh tayar salji kategori ini ialah Michelin X-Ice3.

ii. STAD

tayar-stad-pandulajudotcomdotmy
Mempunyai ciri getah yang sama seperti tayar tanpa stad, tetapi boleh jadi dilengkapi dengan stad logam. Tayar jenis ini dilarang digunakan di kawasan tertentu kerana boleh menanggalkan permukaan jalan. Tayar berstad bekerja baik ketika memandu dalam hujan salji, hujan beku, ais basah dan salji ekstrem.

iii. PRESTASI TINGGI

Jenama Tayar Yang Paling Bagus
Tayar tanpa stad ini menyediakan pengendalian baik pada jalan basah dan kering berbanding tayar salji biasa. Ia direka untuk pemanduan atas lebuh raya yang dilitupi salji, di mana kestabilan kelajuan tinggi adalah sangat penting. Jika, pemanduan kelajuan tinggi menjadi keutamaan anda berbanding traksi salji, tayar prestasi tinggi salji sangat sesuai buat anda.

4. TAYAR RUN FLAT

tayar-run-flat-pandulajudotcomdotmy
Tayar ini direka untuk terus boleh bergerak kira-kira 80km selepas pancit. Kebiasaannya lebih mahal berbanding tayar biasa dan juga keras, sekali gus menjadikan pemanduan agak kurang selesa. Justeru, tayar jenis ini kurang popular dalam kalangan pengguna. Tayar jenis ini juga mudah haus berbanding tayar biasa.

autotainment jenis tayar kereta tayar kereta tayar prestasi tinggi tayar run flat tayar semua musim tip pilih tayar kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

13 Comments

  1. zee on 30/05/2017 14:49

    good info!

    Reply
  2. Ahmed on 12/06/2017 16:38

    Tapi tayar ape yang ade semua ciri2 ni?? sy mencari jugak tayar yang boleh guna utk semua cuaca yang ade kat Malaysia….. ade sape boleh tolong x??

    Reply
    • Syaiful on 13/06/2017 11:26

      tyar yg adew semuew ciri ii niew bolew jew dapat kat continental CPC2 bagus gilew!! tahan lasak lepas tu sesuai dengan cuaca kat malaysia ni

      Reply
      • King Arthur on 14/06/2017 12:15

        continental?? bagi ak ada lagi bagus dari continental tapi harga pun murah.. continental ni ak pernah tgok sebijik tayar sampai 300++ mana nak cekau duit byk2 kalau nak tukar 2 bijik tayar?? pakai tayar biasa je lah

        Reply
        • alex anderson on 15/06/2017 20:56

          Harga conti memang murah drpd bridgestone atau michelin lah.. yg kualiti ia bagus juga, bukan mcm ade brand yg jual harga tinggi tapi bagi kualiti buruk ..

          Reply
        • Ahmed on 16/06/2017 12:43

          alaaa ape salahnye kalau pakai tayar yg mahal utk ketahanan yg lama, keselamatan bile kite drive kete nak2 pulak bile drive jauh2.. ak kalau bab harga ak x kesah janji boleh bagi ak kepuasan n tahan lama smpai 2-3 tahun… pakai tayar biase2 risiko tinggi utk dapat bahaya.. kang meletop ke ape ke… hahahahaha

          Reply
      • Ahmed on 16/06/2017 12:38

        ouh ye ke?? nmacam bagus pulak dgr kalau semua ciri2 yg ade kat atas ni, sbb ak mmg cari tayar yang sesuai utk kete triton aku hopefully continental boleh tahan lama la hehehehe

        Reply
  3. Fatimah on 12/06/2017 21:27

    banyaknya info! sebelum ni aku langsung xtahu camne nak jaga baik tayar.. aku ingat beli mahal tayar, qualitinya boleh dipercayai, x perlu jaga baik. haha

    Reply
    • Taqriz on 13/06/2017 12:02

      jaga tayar dgn baik tu ko just jgn kasi langgar lubang kat atas jalan tu je. ape yg susah nye beli tayar mahal sekali pun kalau ko dah langgar lubang, boleh meletop jugak tayar kete ko tu. aku pakai continental yg biase2 ni pun aku jaga tak bagi langgar lubang tu yg boleh tahan pakai sampai 3 tahun lagipun continental tayar dia mmg tahan lasak tapi aku sygkan duit aku x mo la langgar2 lubang hihihihi

      Reply
      • Mail 2 singgit on 14/06/2017 12:59

        memang tayar continental tahan lasak aku penah pakai dulu2 tapi sekarang ni aku pakai tayar budget je hahahahaha ye la sebab tayar continental ni mahal siket dari brand2 budget ni.. tapi aku pakai budget tayar ni pun dah kira ok la setakat ni tayar budget aku hampir setahun dah.. so moral dia, kalau pakai tayar ape pun tapi kena jaga baik

        Reply
    • Taqriz on 13/06/2017 12:10

      jaga tayar senang je ko jgn langgar lubang yg ade kat atas jalan tu je. tak kire la tayar ko mahal ke murah tapi jgn langgar lubang. tapi aku pakai brand continental yg biasa2 ni pun aku tak kan langgar lubang sbb tu boleh tahan sampai 3 tahun. kalau nak ikotkan tayar continental mmg tahan lasak tapi aku syg kan duit aku lagi hihihi

      Reply
      • alex anderson on 15/06/2017 20:54

        Conti ako sblm ni pernah pakai selama 5tahun.. tapi kereta tu i kurang pandu lah.. 1minggu hanya family day pandu saje~ tapi blh tahan sampai 5tahun memang syok ako lah

        Reply
  4. Aminudin on 03/07/2017 12:23

    ok ker maxxis i-Pro R16 rm270, support inside & outside rotation..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.