• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jom Ke Toyota Gazoo Racing Festival Di Stadium Batu Kawan Hujung Minggu Ini - Janna & Fattah Bakal Beraksi

Jom Ke Toyota Gazoo Racing Festival Di Stadium Batu Kawan Hujung Minggu Ini - Janna & Fattah Bakal Beraksi

August 10, 2017 By Abang GYL 1 Comment

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Toyota Vios ChallengeJIKA anda merupakan peminat sukan permotoran atau mahu berjumpa selebriti tempatan seperti Janna Nick, Fattah Amin, Diana Danielle, Shukri Yahaya dan ramai lagi. Pastikan anda hadir ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini bersempena acara Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival.

Pelbagai aksi mencabar daripada pelumba-pelumba TGR dan penampilan istimewa artis-artis popular tempatan selain hadiah istimewa untuk dimenangi menanti anda.

Vios Challenge akan dibahagikan kepada tiga kelas perlumbaan supaya perlumbaan lebih adil dan selamat kepada semua pemandu, selain memberikan pengalaman menonton yang lebih mengujakan.

BACA >>> Fattah, Janna antara Selebriti Dapat Lesen Lumba, Siap Berentap dalam Vios Challenge

Toyota Vios ChallengeSeramai 10 pelumba akan bersaing dalam kategori Super Sporting, manakala 17 pelumba lagi bersaing dalam kategori Sporting. Baki 10 orang pelumba lain akan menyertai kategori Promosi. Setiap kategori mempunyai dua pusingan, dan mata diberikan kepada pelumba kedudukan tertinggi bagi setiap pusingan.

Kategori Super Sporting bakal melibatkan penyertaan pemandu-pemandu ternama tanah air, termasuk Boy Wong, Kenny Lee, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Raja Drift Malaysia,Tengku Djan Ley.

BACA >>> Toyota Vios Sports Edition Kini Sedia Ditempah - Harga RM85,300

Bagi menghangatkan lagi suasana, juara Drift D1 dan juga juara Drift Muscle dari Jepun, Masato Kawabata serta Hideyuki Fujino akan membuat penampilan khas di Toyota GAZOO Racing Festival.

Sebagai makluman, Kawabata ketika ini merupakan pemegang Guiness World Record bagi pemandu drift paling laju dengan catatan 304.96 km/j.

Dalam pada itu, Toyota C-HR turut akan membuat penampilan khas. Model ini akan dipamerkan bersama model-model lain sedia ada dan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dari dekat.

Masuk adalah percuma bagi semua pengunjung yang hadir ke Toyota GAZOO Racing Festival hujung minggu ini. Acara akan bermula dari 12 tengah hari hingga 8 malam.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Vios Challenge, layari laman web Toyota Gazoo Racing Malaysia, atau ikuti perkembangan di akaun Facebook atau Instagram.

BACA >>> Toyota C-HR Buat Kemunculan Pertama di Malaysia - Harga Sekitar RM125,000?

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Diana Danielle, Fattah Amin, Janna Nick, Shukri Yahaya, Toyota C-HR, Toyota Gazoo Racing Festival, toyota vios gazoo, Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my