Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#JMS2025: Coupe Konsep Ultra-Mewah, Toyota Century Mampu Saingi Model Eropah!
Roda4

#JMS2025: Coupe Konsep Ultra-Mewah, Toyota Century Mampu Saingi Model Eropah!

Han OthmanBy Han Othman17/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Century Concept | JMS 2025

PADA Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, Toyota mengejutkan ramai peminat kereta apabila memperkenalkan coupe konsep, Toyota Century yang bukan sekadar model, tetapi sebagai subjenama ultra-mewah yang kini berdiri sendiri.

Ini bukan Century biasa, tetapi versi baharu, yang menyasarkan pelanggan kelas atas yang top of the top, untuk bersaing dengan jenama mewah antarabangsa seperti Bentley dan Rolls-Royce.

Identiti, Strategi Jenama

Toyota Century Concept | JMS 2025

Toyota Century kini berdiri sendiri sebagai jenama mewah terpisah daripada Toyota dan Lexus. Pengerusi Toyota, Akio Toyoda berkata, Toyota mahu menjadikan Century sebagai lambang ‘kebanggaan Jepun’ di pentas global.

Pada JMS 2025, Toyota mempersembahkan model konsep Century Coupe ‘One-of-One’, iaitu sebuah coupé eksklusif saiz tinggi (crossover-coupe), tanpa pilar-B konvensional dan dilengkapi pintu gelongsor untuk memberikan profil premium.

Rekabentuk Eksterior, Warna Ikonik

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Model coupe itu memakai warna amber yang sangat ‘menyala’, hasil daripada 60 lapisan cat yang diaplikasikan teliti dan cukup menonjol atas pentas JMS.

Rupa depan menampilkan lampu LED strata (dual-stack) dan gril sarang lebah (honeycomb) yang menonjol, dan lengkap dengan lambang burung Phoenix klasik Century.

Bahagian sisi juga unik dengan pintu gelongsor sebelah kiri ala kenderaan pembagai guna (MPV) mewah, dan garis badan elegan serta tinggi untuk memberikan siluet megah, dan gagah.

Kabin, Kemewahan Dalaman

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Dari dalam, konsep itu membawa susun atur eksklusif dan berbeza tanpa tempat duduk penumpang hadapan, yang mana pemandu dan penumpang belakang dipisahkan dengan konsol kayu dan partisyen ‘laser beam’ merah yang naik ke siling untuk sentuhan futuristik dan misteri.

Stereng gaya ‘yoke’, dengan paparan digital mengelilingi pemandu: satu untuk kluster instrumen, satu untuk unit infotainmen, dan satu lagi untuk kawalan kenderaan.

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Bahan dalaman pula sangat premium apabila  Toyota menggunakan elemen kraftangan Jepun seperti kain Nishijin-ori dan ukiran logam Edo, bersama jam analog klasik di tengah papan pemuka.

Prestasi, Teknologi

Toyota masih belum mengumumkan spesifikasi teknikal penuh untuk konsep coupe itu, tetapi ada laporan mendakwa mungkin menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) V6 3.5L, sama seperti varian SUV Century, dalam pacuan semua roda (AWD).

Namun, fokus utama konsep Toyota Century itu bukan hanya kuasa, tetapi lebih kepada pengalaman pemanduan mewah, senyap dan sangat elegan, sesuai dengan peranan sebagai kereta dengan drebar (chauffeur).

Sasaran, Posisi Pasaran

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Dengan memperkenalkan Century sebagai jenama tersendiri, Toyota memberi isyarat jelas: Century bukan sekadar model mewah, tetapi identiti ultra eksklusif dalam dunia automotif.

Toyota menyasarkan pelanggan kelas atas seperti individu yang menghargai ketekunan kraf Jepun dan mementingkan eksklusiviti, serta bukan pembeli biasa.

Tarikh Pelancaran, Harga

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Setakat ini, Toyota masih belum mengumumkan tarikh pengeluaran atau harga rasmi coupe Century itu, kerana masih berada pada tahap konsep, dan belum jelas sama akan memasuki barian pengeluaran dalam masa terdekat.

Harga juga dirahsiakan, yang sesuai dengan status ultra-mewah dan kemungkinan besar dikeluarkan dalam unit terhad, atau berdasarkan permintaan.

Toyota Century di JMS 2025 bukan sekadar nostalgia, tetapi simbol evolusi mewah Jepun ke tahap global. Dengan rekabentuk coupe yang sangat berbeza, materikal kelas atasan, dan status jenama sendiri, Century baharu mampu menjadi pesaing serius jenama mewah Eropah.

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Japan Mobility Show (JMS) 2025 model konsep Model Ultra-Mewah Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 Roda5 Toyota Toyota Century Toyota Motor Corporation (TMC)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
Auto Terkini

Diesel Mahal, Toyota Hilux BEV Mampu Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Auto Terkini

Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

08/04/2026
Roda4

Porsche ‘Tease’ 911 Baharu, Mungkin GT3 Cabriolet Paling ‘Pure Driving Pleasure’

08/04/2026
Rembawang cipta rekod Malaysia Ferrari Dino 308 GT4 atas tingkat 29
Auto Terkini

Ferrari Klasik di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

08/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Auto Terkini

Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

By Shazwan Hisam07/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.