JETOUR ada mempamerkan dua varian pemanduan kanan (RHD) kenderaan utiliti sukan (SUV) off-road T1 dan T2 di pameran Auto Shanghai 2025, China, baru-baru ini.
Bagaimanapun, dua varian SUV segmen-C tersebut memaparkan maklumat status sebagai model prototaip yang belum memasuki fasa pengeluaran untuk skala besar-besaran.
Pasaran Malaysia juga bakal menyambut ketibaan dua model tersebut, dijangka dengan ketibaan Jetour T2 seawal tahun ini sebelum disusuli Jetour T1, dipercayai tahun depan. Berdasarkan maklumat diterima, dua model itu akan ditayangkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), minggu ini.
Jetour T2
Jetour T1
Leave a Reply