Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Jepun Umum Tangguh Hantar Honda CBR1000RR-R
Roda2

Jepun Umum Tangguh Hantar Honda CBR1000RR-R

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Motorcycle Japan Co Ltd mengumumkan kelewatan penghantaran model CBR1000RR-R kepada pelanggan yang sudah menempah model berkenaan.

Superbike edisi 2020 itu dilancarkan di Malaysia pada Januari lalu, tetapi disebabkan krisis wabak Covid-19, pengeluaran model itu terpaksa ditunda. Menurut kenyataan Honda Japan:

Kami menerima tempahan daripada sebilangan besar pelanggan CBR1000RR-R Fireblade dan CBR1000RR-R Fireblade SP yang dilancarkan 20 Mac lalu. Disebabkan wabak berjangkit Covid- 19, penghantaran beberapa bahagian komponen ditangguhkan, mengakibatkan kelewatan pengeluaran.

“Kami sekarang berada dalam situasi komponen tidak tiba mengikut jadual dan mengambil sedikit masa, tetapi kami akan lakukan yang terbaik untuk menghantar produk secepat mungkin. Kerjasama anda sangat dihargai.”

Honda memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Difahamkan pelanggan yang sudah membuat tempahan akan dihubungi wakil jualan. Laporan Kojintekibikematome menyatakan hanya model SP ditunda kerana produk Brembo dari Itali tidak dapat dihantar.

Pengeluaran CBR1000RR-R SP dijangka bermula selepas Mei ini. Model yang menggunakan alat ganti dari China, Thailand, Vietnam, dan Eropah juga berisiko mengalami kelewatan pengeluaran.

CBR1000RR-R SP menggunakan brek Brembo depan dan belakang, manakala varian Standard menggunakan produk Nissin. Difahamkan pengeluaran Brembo di Itali digantung hingga 3 April.

BACA >>> Malaysia Pertama di Asia Dapat Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Harga RM199k!

Selain itu, model lain yang turut terjejas ialah Gold Wing kerana menggunakan beberapa komponen dari China, manakala model lain yang menggunakan komponen dari Thailand, Vietnam, dan Eropah turut berisiko. Berikut model Jepun yang dipasangkan di luar negara atau menggunakan komponen luar:

THAILAND
  • Grom
  • Monkey 125
  • Super Cub 125
  • ADV150
  • Rebel 250/500
  • CB250R
  • CRF250L / CRF250RALLY
  • CBR400R / 400X
  • CB650R / CBR650R
INDONESIA
  • Forza
  • CBR250RR
VIETNAM
  • PCX
  • Dio110
  • Reed 125
CHINA
  • Super cub
  • Cross cub
  • Benly
  • Gold Wing (part)
EROPAH DAN AMERIKA
  • CB1300 SF / SB SP (sebahagian)
  • CBR1000RR-R SP (sebahagian)

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp

Auto Terkini Covid-19 Honda CBR1000RR Fireblade Honda CBR1000RR Fireblade SP Honda Jepun HONDA Motorcycle Japan Co Ltd Honda Motorcycles roda2 sportbike superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Hyundai Stargazer Rasmi Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM99k!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.