Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Jentera Yamaha Y15ZR Kasma Daniel Terus Mengganas, Apa Sudah Jadi Honda RS150R?
Roda2

Jentera Yamaha Y15ZR Kasma Daniel Terus Mengganas, Apa Sudah Jadi Honda RS150R?

Abang GYLBy Abang GYL10/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

cub prix kelantan
PELUMBA Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin meneruskan dominasi kategori CP150 apabila meraih kemenangan pada pusingan ke-7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 yang berakhir di Pasir Puteh, Kelantan.

Kasma Daniel menamatkan 20 pusingan perlumbaan dan melintasi garisan penamat secara bersendirian dengan masa keseluruhan 17’52.165s. sementara itu, rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham menamatkan perlumbaan dengan masa 17’54.113s, diikuti Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ).

Dengan kemenangan itu, Kasma Daniel terus selesa mendahului ranking keseluruhan dengan mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang sudah berlangsung, manakala Afif kekal di tangga kedua (99 mata) dan Fazli ketiga (64 mata).

BACA >>> Enjin Mana Lebih Bagus, SOHC atau DOHC? Kenali Terma, Fungsi dan Perbandingan

AKID KUASAI CP115

cub prix kelantan
Sementara itu, saingan CP115 menyaksikan Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues untuk meraih kemenangan keempat musim ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan 130 mata terkumpul.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan catatan masa 13’46.688s, diikuti Haziq (13’46.894s). Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Md Fareez Afeez meraih podium pertama musim ini selepas menamatkan saingan di tempat ketiga (13’47.727s).

Haziq berada di tangga kedua keseluruhan (96 mata) diikuti Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) ketiga (78 mata).

AIMAN KEKAL JUARA, SAIFUL NAIK PODIUM


Dalam saingan Wira pula, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kembali ke pentas podium sebagai juara selepas kali terakhir melakukannya pada pusingan pertama di Temerloh dengan masa keseluruhan 11’12.261s.

Saiful turut menewaskan rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman (11’12.399s), manakala pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha –Afb Tech) terpaksa berpuas hati di tangga ketiga (11’16.542s).

Bagaimanapun, Aiman tetap kekal di tangga teratas dengan 107 mata terkumpul diikuti Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) di kedudukan kedua (94 mata), dan Saiful ketiga (93 mata).

Yamaha Y15ZR Cub PrixKEPUTUSAN PUSINGAN 7, PASIR PUTEH, KELANTAN

CP150
  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 17:52.165s
  2. Ahmad Fazli Sham (PRK) – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 17:54.113s
  3. Ahmad Afif Amran (TRG) – PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ – 17:54.739s
  4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) – Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing – 18:06.052s
  5. Md Fitri Ashraff Razali (SGR) -PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ – 18:06.295s
Ranking Keseluruhan
  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 125 mata
  2. Ahmad Afif Amran (TRG) – PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ – 99 mata
  3. Ahmad Fazli Sham (PRK) – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 64 mata
  4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) – Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing – 51 mata
  5. Md Fitri Ashraff Razali (KUL) – PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ – 51 mata

CP115
  1. Md Akid Aziz (KUL) – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 13:46.688s
  2. Md Haziq Md Fairues (SGR) – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 13:46.894s
  3. Md Fareez Afeez (JHR) – Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing – 13:47.727s
  4. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) – PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ – 13:54.385s
  5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) – PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ – 13:57.524s
Ranking Keseluruhan
  1. Md Akid Aziz (KUL) – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 130 mata
  2. Md Haziq Md Fairues (SGR) – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 96 mata
  3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ – 78 mata
  4. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) – PERONAS Sprinta Yamaha-CKJ – 58 mata
  5. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) – Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing – 52 mata

WIRA
  1. Saiful Azhary Muhamad (JHR) – Idemitsu Kozi Yam Honda Racing – 11:12.261s
  2. Md Syarifuddin Azman (SGR) – Idemitsu Kozi Yam Honda Racing – 11:12.399s
  3. Md Aiman Tahiruddin (KUL) – PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech – 11:16.542s
  4. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) – Idemitsu Kozi Yam Honda Racing – 11:16.982s
  5. Md Aiman Azman (SGR) – V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing – 11:17.191s
Ranking Keseluruhan
  1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) – PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech – 107 mata
  2. Md Syafieq Aiman (JHR) – Elf Koyoko KC Racing Team – 94 mata
  3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) – Idemitsu Kozi Yam Honda Racing – 93 mata
  4. Md Syarifuddin Azman (SGR) – Idemitsu Kozi Yam Honda Racing – 87 mata
  5. Md Danial Syahmi (TRG) – PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech – 69 mata

GALERI

cub prix kelantan
Yamaha Y15ZR Cub Prix
cub prix kelantan
cub prix kelantan
cub prix kelantan
Ahmad Afif Amran Ahmad Fazli Sham cub prix 2017 cub prix kelantan Kasma Daniel Roda4 yamaha y15zr kasma daniel
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    #NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.