Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jelajah Proton e.MAS 7 Bantu Realisasi Impian Teraju Pasaran EV Malaysia
Auto Terkini

Jelajah Proton e.MAS 7 Bantu Realisasi Impian Teraju Pasaran EV Malaysia

SyafieBy Syafie24/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Holdings Bhd (Proton) percaya Jelajah Proton e.MAS 7 dapat membantu merealisasikan impian menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Proton e.MAS 7 sebagai peneraju dalam pasaran kenderaan elektik (EV) di Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, siri jelajah yang dijadual berlangsung pada 5 Oktober 2024 sehingga awal November nanti melibatkan semua negeri di Malaysia.

Berikut jadual mengikut negeri seperti ditetapkan:

  • Pusingan Pertama: Negeri Sembilan, Melaka, Johor
  • Pusingan Kedua: Pahang, Terengganu, Kelantan
  • Pusingan Ketiga: Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis
  • Pusingan Keempat: Kuala Lumpur, Selangor
  • Pusingan Kelima: Sabah, Sarawak

Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat lebih dekat SUV segmen-C ini, jelajah itu akan memperlihat daya tahan Proton e.MAS 7, menunjukkan ketahanan baterinya, badan dan kabin yang mantap serta banyak lagi.

“Jelajah Proton e.MAS 7 berhasrat melibatkan rakyat Malaysia, menawarkan peluang unik untuk merasai sendiri pengalaman dengan kenderaan itu kerana ia meliputi lebih 2,000km merentas pelbagai bentuk rupa bumi, daripada jalan pesisir pantai ke kawasan pergunungan, yang menunjukkan keupayaannya.”

Pelancaran jelajah Proton ini juga menandakan kejayaan jelajah dunia pandu uji Geely E5 sejauh 3,700km dari China ke Malaysia. Kerjasama bersama Geely juga membolehkan EV pertama Proton ini dibangunkan selari dengan Geely E5 yang menggabungkan teknologi bertaraf dunia menerusi penyelesaian mampan khusus untuk rakyat tempatan.

Berdasarkan ketahanan dan reliabiliti ditunjukkan Geely E5 itu juga memberikan gambaran positif terhadap kemampuan e.MAS 7 dalam mengharungi pelbagai kondisi rupa bumi hingga kecemerlangan kejuruteraan.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Jelajah Proton e.MAS7 Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton e.MAS 7 PROTON Holdings Berhad
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.