Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jangan Berhenti di Lebuhraya SUKE, RnR Panorama KL Akan Dibina Nanti!
Auto Terkini

Jangan Berhenti di Lebuhraya SUKE, RnR Panorama KL Akan Dibina Nanti!

Han OthmanBy Han Othman19/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUSULAN kemalangan pertama di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), pengendali lebuh raya itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menasihatkan pengguna supaya tidak berhenti di bahu jalan tanpa
alasan kecemasan kerana bukan saja membahayakan keselamatan diri, tetapi juga pengguna lebuh raya lain.

Menurut ProLintas, hampir 100,000 kenderaan direkod menggunakan Lebuhraya SUKE sepanjang 24 jam pertama selepas fasa
pertama dibuka kepada orang ramai bermula 12 tengah hari, pada 16 September lalu hingga 12
tengah hari, keesokan harinya.

BACA >>> Nahas Pertama Lebuhraya SUKE, Motor Langgar ‘King’ Berhenti di Lorong Kecemasan

Seawal jam 11.30 pagi Jumaat lalu, pengguna lebuh raya dilihat sudah mula beratur di setiap persimpangan
masuk Lebuhraya SUKE bermula Persimpangan Cheras-Kajang hingga Persimpangan Bukit Antarabangsa melibatkan jajaran sepanjang 16.6km.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, sambutan diterima amat luar biasa dan menjangkaui sasaran purata trafik harian (ADT) Lebuhraya SUKE untuk fasa pertama, iaitu 80,000 kenderaan sehari.

Kebanyakan pengguna terawal Lebuhraya SUKE terdiri daripada penduduk sekitar yang mengambil kesempatan cuti umum sempena Hari Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman perjalanan atas lebuh raya bertingkat terbaharu di Lembah Klang ini.

Terima kasih buat pengguna Lebuhraya SUKE atas sokongan dan maklum balas diberikan kepada kami,” katanya.

Justeru PROLINTAS menerusi anak syarikat Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd mengambil maklum mengenai sikap segelintir pengguna lebuh raya yang teruja dan berhenti di laluan kecemasan untuk merakam pemandangan di beberapa lokasi Lebuhraya SUKE.

Mohammad Azlan menegaskan;

Kami melarang sama sekali pengguna daripada memberhentikan kenderaan di bahu jalan tanpa alasan kecemasan kerana perbuatan itu adalah amat berbahaya bukan sahaja kepada diri mereka sendiri, malah pengguna lebuh raya lain.

“Aspek keselamatan sentiasa diutamakan ProLintas. Kami cukup berbesar hati dengan sokongan yang diberikan pengguna. Namun, kami berharap semua pihak dapat menjaga aspek keselamatan di lebuh raya supaya tiada insiden tidak diingini berlaku,” katanya.

Beberapa lokasi panas yang menjadi tumpuan pengguna sepanjang jajaran lebuh raya kini dikenal pasti bahagian operasi Lebuhraya SUKE dan kon-kon keselamatan sudah ditempatkan di lokasi berkenaan untuk menghalang pengguna berhenti tanpa alasan kecemasan.

Unit Polis Bantuan PROLINTAS atau ‘peronda SUKE’ yang bertugas 24 jam juga akan melakukan rondaan lebih kerap, termasuk ditempatkan di lokasi panas tersebut, manakala papan tanda ‘Dilarang Berhenti Kecuali Kecemasan’ juga akan dipasang di kawasan dikenal pasti dalam masa terdekat.

Mesej sama juga dipaparkan pada Sistem Mesej Pelbagai (VMS) sepanjang lebuh raya berkenaan sebagai peringatan kepada pengguna.

Bahagian operasi Lebuhraya SUKE akan memastikan penyelenggaraan lebuh raya berada di tahap optimum selain terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan aliran trafik berjalan lancar.

PROLINTAS memaklumkan, setiap kilometer Lebuhraya SUKE kini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dengan 40 unit
dipasang sepanjang jajaran kedua-dua laluan. Ini membolehkan bahagian operasi memerhati pergerakan trafik dan menghubungi peronda SUKE ke lokasi jika berlaku sebarang kecemasan atau gangguan.

Turut disediakan, 22 telefon kecemasan dan 22 sistem pengesan kenderaan dan kemalangan (VIDS) pada tiang bersepadu. Seluruh jajaran Lebuhraya SUKE diterangi 3,377 lampu LED untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin, terutama pada malam.

RNR UNTUK PANORAMA KL AKAN DIBINA

Sementara itu, sebuah Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) akan dibangunkan berdekatan Persimpangan Tasik Tambahan untuk membolehkan pengguna menikmati panorama ibu kota Kuala Lumpur dengan selesa dan selamat pada masa akan datang.

Fasa pertama Lebuhraya SUKE dirasmikan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof dengan tol percuma selama sebulan, melibatkan dua plaza tol, iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang serta 11
persimpangan keluar dan masuk.

BACA >>> Kes Kren Tumbang: Kontraktor SUKE Kena Denda RM300k
BACA >>> Kisah Sedekad di Lebuhraya Persekutuan, Lebih Banyak Motosikal Kemalangan di Jalan Kereta

Auto Terkini Datuk Mohammad Azlan Abdullah Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Lebuhraya SUKE Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Der neue elektrische Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+. Exterieur Farbe: Aqua-Mint Uni Interior Polster: ARTICO/Microcut schwarz Energieverbrauch kombiniert: 19,6‒17,4 kWh/100 km | CO₂-Emissionen kombiniert: 0 g/km | CO₂-Klasse: A Die Angaben sind vorläufig. Es liegen bislang weder bestätigte Werte von einer amtlich anerkannten Prüforganisation noch eine EG-Typgenehmigung noch eine Konformitätsbescheinigung mit amtlichen Werten vor. Abweichungen zwischen den Angaben und den amtlichen Werten sind möglich. The new Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ electric. Exterior color: Aqua-mint non-metallic Interior: ARTICO Microcut Black Energy consumption combined: 19.6–17.4 kWh/100 km | Combined CO₂ emissions: 0 g/km | CO₂ class: A The figures are provisional. To date, there are no confirmed figures from an officially recognised testing organisation, nor is there an EC type-approval or a certificate of conformity containing official figures. There may be discrepancies between the figures provided and the official figures.
Auto Terkini

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV 680hp, 1,759Nm, 0-100km/j 2.7s, Lebih 670km

09/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.