Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Jaguar Land Rover Hasilkan Unit Sistem Infotainment Baharu Gaya Vintaj
Aksesori

Jaguar Land Rover Hasilkan Unit Sistem Infotainment Baharu Gaya Vintaj

Han OthmanBy Han Othman12/09/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGAIMANAKAH agaknya kalau gaya lama dimodenkan. Inilah dilakukan Jaguar Land Rover apabila menghasilkan unit sistem infotainment baharu dengan gaya radio klasik yang nampak cukup cool.

Barisan baharu unit sistem infotainment klasik itu dilengkapkan ciri navigasi moden, audio dan ciri infotainment yang muat dengan kereta klasik untuk memberikan rupa lebih vintaj dan sepadan dengan gaya asal kereta.

Ditawarkan dalam lima rekabentuk, termasuk 2 unit jenama Jaguar dan 2 Land Rover, aksesori Classic Infotainment System (CIS) sesuai dengan kenderaan jenis bumi negatif (negative earth) atau terminal negatif, atau dalam bahasa mudahnya, jenis kereta dengan bekalan kuasa 12V untuk peranti yang memerlukan tenaga elektrik.

BACA >>> Land Rover Explore – Telefon Pintar Paling Lasak Dunia

Ciri lain CIS ialah siaran audio digital (DAB), radio FM dan AM, navigasi satelit boleh kustom dan Bluetooth, selain kualiti bunyi premium daripada set stereo DIN tunggal dengan output 4×45 watt terbina dalam.

Akses CIS dibuat menerusi skrin sentuh resolusi tinggi 3.5 inci dengan butang tradisional dan kawalan rotari, manakala panduan haluan dipaparkan dalam bentuk peta 2D atau 3D, termasuk arahan belok. Malah, unit infotainment itu juga memiliki ciri amaran lalu lintas yang akan mengingatkan pemandu tentang kondisi jalan raya sesak di depan.


Ciri utama CIS lain ialah:

  • Fungsi telefon: termasuk pindahan buku fon menerusi Bluetooth, sokongan hingga 4 peranti dengan 1,250 talian per peranti.
  • Mikrofon dalaman.
  • Bahasa sistem: Inggeris, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Rusia; dan hingga 32 bahasa untuk fungsi navigasi.

BACA >>> 5 Fakta Pantas Tentang Land Rover Discovery Gen-5 (2018) – Harga RM729,800

CIS Jaguar Land Rover sudah boleh mula dibeli bermula 7 September lalu, di JaguarClassicParts.com.pada harga semasa £1,200 (RM6,473), manakala khidmat pemasangan boleh dibuat di Jaguar Land Rover Classic Works di Warwickshire dan pengedar Jaguar and Land Rover terpilih.

Jaguar Land Rover Classic ialah sumber rasmi bagi model klasik asli, servis pakar, dan alat ganti tulen untuk peminat Jaguar dan Land Rover seluruh dunia.

aksesori autotainment Classic Infotainment System (CIS) Jaguar Jaguar Land Rover Land Rover Roda4 Set Stereo Sistem Infotainment Sistem Infotainment Klasik (CIS))
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.