Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu D-Max (2024) Diperkenal di Thailand dengan Rupa Lebih Garang, Teknologi Dipertingkat
Roda4

Isuzu D-Max (2024) Diperkenal di Thailand dengan Rupa Lebih Garang, Teknologi Dipertingkat

Abang HirataBy Abang Hirata10/11/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU D-Max
generasi ketiga diperkenal pada Oktober 2019 dan sejak itu beberapa naik taraf memasuki pasaran. Perubahan kali ini lebih besar dan Isuzu memperkenalkan model itu di Thailand sebelum memasuki pasaran lain.

Isuzu lebih terkenal sebagai pengeluar kenderaan komersial, tetapi D-Max dijual di lebih 100 negara dan pasaran dunia.

Pada tahun fiskal 2022, dianggarkan 340,000 unit D-Max terjual seluruh dunia dan kira-kira 180,000 unit atau 45 peratus daripadanya di Thailand. Tidak hairan kerana negara jiran itu adalah antara pasaran terbesar trak pikap satu tan.

Seperkara menarik, dalam era kenderaan elektrik (EV) hari ini, Isuzu merancang mengeluarkan trak pikap EV di Thailand dengan Eropah sebagai pasaran pertama sebelum ditawarkan di pasaran lain.

Dari segi rekabentuk, rupa Isuzu D-Max (2024) baharu yang sedia garang bertambah agresif yang secara keseluruhan menggunakan konsep ‘Strong & Aggressive,’ ‘Sporty’ dan ‘Futuristic & Digital’.

Bahagian depan tampil tegap menerusi bonet bonjol (bulge) dengan gril depan tinggi dan lebar. Lampu depan pula moden dan sporty dengan lampu siang (DRL) atas lampu utama.

Varian terpilih ada tambahan tiga lampu karakter dan lampu belakang corak huruf L dalam tiga baris yang diserlahkan menerusi lampu tiub LED. Lebar trak pikap ditonjolkan ibarat burung melebarkan sayap.

Tidak hanya kosmetik, prestasi aerodinamik juga dipertingkat dan fungsional estetik diberi nilai menerusi tambahan bidai udara sisi bampar depan dan spoiler lebih besar atas pintu kargo.

Walaupun seakan sama, bampar depan D-Max V-Cross (atas kiri) dan D-Max Hilander 3.0 berbeza dengan Regular Cab dan Space Cab.

Bahagian dalaman Isuzu menggunakan konsep ‘Strong & Supple’ dan ‘High-Class & Sophisticated’ tanpa perubahan pada papan pemuka atau panel pintu yang sudah sedia menarik.

Isuzu mengubah kluster instrumen dan paparan unit infotainment lebih mesra pengguna menerusi tambahan tombol suis. Varian terpilih juga nampak premium dan paparan TFT dibesarkan kepada 7 inci.

Dari segi keselamatan, Isuzu menggunakan kamera stereo baharu dan ciri keselamatan dipertingkat. Antaranya, kamera mengesan pejalan kaki melintas dan objek di simpang yang mana sistem akan mengaktifkan brek secara automatik.

Brek juga diaktifkan apabila radar belakang mengesan kenderaan belakang ketika keluar dari parkir dan terdapat risiko kemalangan.

Lagi, bahagian lensa kamera ada pemanas yang berfungsi automatik dalam keadaan suhu rendah di luar bagi mencegah kegagalan sistem keselamatan. Turut dilengkapi fungsi bantuan mengekori kenderaan depan ketika memandu dalam jalan raya sesak. Menariknya, ada ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk model manual.

Keupayaan pemanduan turut dipertingkat. Apabila roda terangkat dari jalan dan kehilangan kuasa, sistem akan meningkatkan kawalan traksi apabila kunci diferensial belakang (RDL) diaktifkan. Sistem akan mengaktifkan intervensi brek pada roda terangkat dan menghantar kuasa kepada roda lain untuk mendapatkan cengkaman.

Isuzu juga menambah mod permukaan lasak untuk mengoptimum pembrekan dan kawalan enjin. Sistem mengawal output enjin dan penggunaan brek dengan tepat untuk memberikan prestasi di laluan 0ff-road yang cemerlang. Selari perkembangan teknologi yang banyak dimainkan sistem komputer, pemandu hanya perlu menekan pedal minyak.

SPESIFIKASI ISUZU D-MAX V-CROSS THAILAND (CREW CAB 4×4 AT)
Panjang (mm) 5,305
Lebar (mm) 1,880
Tinggi termasuk rel bumbung (mm) 1,810
Jarak roda (mm) 3,125
Tread (depan/belakang) mm) 1,570
Radius pusingan mininum 6.1
Tayar 265/60R18
Enjin (4JJ3) (cc) 2,999
Kuasa maksimum hp (kW/rpm) 188 (140/3,600)
Tork (Nm/rpm) 450/1,600-2,600
Transmisi 6AT
Berat (kg) 2,035
Emisi CO2 (g) 186

BACA >>> D-Max Bantu Isuzu Catat Rekod Jualan Terbaik Sejak Beroperasi di Malaysia!
BACA >>> 5 yang Terpaling Padu Tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain!

Isuzu D-Max (2024) Thailand
Isuzu D-Max (2023) Malaysia
D-Max Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max (2024) Isuzu D-Max (2024) Thailand Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.