• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Ekzos Bising, Polis Buru Pengusaha Bengkel Ubah Suai, Kustom Motosikal

Isu Ekzos Bising, Polis Buru Pengusaha Bengkel Ubah Suai, Kustom Motosikal

March 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN polis trafik Direktorat Lalu Lintas Polis Daerah Metro Jaya di Indonesia kini mula memburu pengusaha bengkel modifikasi motosikal berhubung isu ekzos bising melebihi had dibenarkan di beberapa kawasan bandar utama termasuk ibu kota republik itu.

Langkah tersebut diambil selepas melakukan beberapa operasi pemeriksaan ke atas motosikal yang diubah suai ekzos hingga bising pada awal pagi dan lewat malam berikutan banyak kenderaan dikesan melakukan kesalahan pada waktu tersebut.

Ketua Sub Direktorat Penguatkuasaan Undang-Undang dan Lalu Lintas Polis Daerah Metro Jaya, Pemangku Pesuruhjaya Polis Fahri Siregar berkata, polis akan memeriksa bengkel motosikal untuk membanteras penghasilan ekzos yang melanggar had bunyi ditetapkan.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?

Polis Indonesia juga sudah mengenal pasti kedai motosikal yang menghasilkan ekzos melebihi had bunyi dibenarkan dan juga bengkel kustom ekzos bising di Jakarta dan kawasan berhampiran. Bagaimanapun, pendekatan awal diambil ketika ini adalah secara advokasi dan pendidikan kepada pengusaha terlibat, dan tindakan undang-undang boleh diambil pada masa akan datang.

Fahri berkata, pendekatan advokasi akan diambil mengikut undang-undang lalu lintas secara bertulis sebagai peringatan pertama dan memantau semua bengkel terlibat. Selepas itu, pemeriksaan rawak akan dibuat dengan mengambil langkah susulan seandainya aktiviti tersebut masih berleluasa.

Operasi pemeriksaan ke atas pemilik motosikal termasuk pengguna motosikal besar sudah dilakukan sebelum ini. Pesalah yang didapati menggunakan ekzos bising boleh dikenakan pelbagai tindakan termasuk tangkapan, saman atau motosikal disita mengikut Undang-Undang No.22 Tahun 2009 dan Artikel 285 Akta Trafik Jalan Raya dan Pengangkutan.

Malah mengikut undang-undang, pemilik atau penunggang motosikal yang menggunakan komponen yang tidak menepati syarat teknikal ditetapkan atau tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya boleh dipenjara 1 bulan dengan denda 150,000 rupiah (RM42).

Nampaknya, bukan Malaysia saja yang kecoh pasal ekzos bising. Memang tengah trending pun.

BACA >>> Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
BACA >>> Pemilik Waisuku Kena Saman: "Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya"
BACA >>> Yamaha XMAX Sudah Boleh Pasang Ekzos Yoshimura Tahun Depan, Harga RM2.4k

SUMBER: Kompas | Twitter

Artikel Berkaitan

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Direktorat Lalu Lintas Polis Daerah Metro Jaya, ekzos bising, ekzos bising indonesia, Fahri Siregar, isu ekzos bising global, operasi polis ekzos bising

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my