• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu 2 Beranak Maut Dirempuh Go-Kart, Inilah Luahan Kami

Isu 2 Beranak Maut Dirempuh Go-Kart, Inilah Luahan Kami

September 25, 2016 By Abang GYL 1 Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Rempuh Ko-KartDua beranak terbunuh manakala beberapa lagi yang lain cedera apabila dilanggar jentera dalam perlumbaan Go-Kart EIMARACE di Kalan Sukpa, Kuantan.

Kejadian yang berlaku sekitar 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Izuan Isa, 30, meninggal dunia di tempat kejadian. Turut terbunuh adalah anak perempuan mangsa yang berumur empat tahun di Hospital Tengku Ampuan Afzan akibat cedera arah di kepala.

Kedua-dua mangsa itu dirempuh salah sebuah jentera Go-Kart yang dikatakan hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan lain.

Berdasarkan gambar dan rakaman video yang tersebar di laman sosial, kami bersimpati dengan keluarga mangsa.

Go-Kart EIMARACEJANGAN ABAI FAKTOR KESELAMATAN

Secara peribadi, kami melihat aspek keselamatan telah diabaikan oleh pihak penganjur. Ya, nampak mudah tetapi ia sangat penting dalam sukan permotoran.

Sepatutnya pihak menganjur meletakkan penghadang seperti tayar, palang besi atau  menjarakkan kedudukan penonton dengan litar perlumbaan.

Bagaimanapun, kejadian sudah berlaku dan kami mengharapkan pihak penganjur dapat mengambil iktibar ini sekiranya mahu menganjurkan sebarang aktiviti sukan permotoran.

Buat pihak kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun pihak terlibat, kami berharap pembinaan litar perlumbaan dapat dipercepatkan dengan segera. Cukuplah sekadar litar yang memenuhi kriteria keselamatan dan perlumbaan. Rasanya tidak perlu membazir duit mahu membina litar bertaraf antarabangsa.

Ingat semua, sukan permotoran sangat bahaya. Jangan abaikan keselamatan anda sama ada ketika menonton atau terlibat dalam sesuatu sukan permotoran.

Salam peringatan dari Unit Pendidikan dan Keselamatan Jalan Raya, PanduLaju.Com.My. Salam takziah buat keluarga mangsa.

KREDIT VIDEO - Arahman Crew Arahman

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: go-kart, Go-Kart EIMARACE, KBS, Kementerian Belia dan Sukan, Unit Pendidikan dan Keselamatan Jalan Raya

Comments

  1. khairul says

    September 27, 2016 at 12:52 AM

    bahayanya..kat malaysia ni ada 1 tabiat payah nk buang iaitu bila dah jadi kemalangan baru nk sebut tentang ciri2 keselamatan.sama juga dgn kes langgar di simpang2 jalan yg mana sepatutnya ada lampu isyarat berhenti tp tidak dipasang.apabila terjadi kemalangan baru nk pasang.ini kebiasaanya yg saya lihat dikawasan tempat tinggal saya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev