Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Inilah McLaren Senna yang Paling Mampu Milik, Cuma RM79.90 Sahaja!
Aksesori

Inilah McLaren Senna yang Paling Mampu Milik, Cuma RM79.90 Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata16/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MCLAREN Senna memang kontroversi. Ketika mula dilancarkan, model itu mendapat kritikan kerana rekabentuk yang lari daripada kelaziman. Spoiler tinggi ibarat pancur air krom di sinki rumah. Rim pula nampak kecil berbanding badan kereta yang aerodinamik.

Model itu penting kerana membawa nama legenda Formula  Satu (F1), Aryton Senna. Jadi penting untuk McLaren menjaga baik legasi sehebat Senna. Rasanya, Honda NSX generasi pertama akan terus sinonim dengan Senna walaupun tiada siri khas untuk mendiang.

BACA >>> Tidak Mampu Beli McLaren 720S Sebenar? Jangan Bimbang, LEGOkan ada!

Model Senna ialah keluaran khas McLaren Ultimate Series seperti P1 dan Speedtail, dinamakan sempena Aryton Senna yang mencatat tiga kali kejuaran F1 bersama McLaren. Namun, biarpun apa saja kritikan dan pandangan, Senna terus laris. Perhatikan saja media sosial, model itu dimiliki ramai individu berpengaruh dalam automotif, termasuk sebuah yang hangus terbakar.

Sekarang, apa pula terjadi sekiranya sebuah model serius digabungkan menjadi karakter yang comel dan ceria?

LEGO® SPEED CHAMPIONS MCLAREN SENNA


Inilah LEGO® Speed Champions McLaren Senna. Sesuai untuk kaki kereta berusia tujuh tahun dan ke atas. McLaren Senna mengambil masa hampir 300 jam untuk disiapkan dengan tangan di kilang McLaren di Woking, Surrey, Britain.

LEGO McLaren Senna pun sama, ia juga dibina menggunakan tangan, tetapi melibatkan 219 bongkah plastik bersaiz 15sm panjang, dan lebih mudah dipasang dan diceraikan. Cuma kalau hilang sekeping atau terpijak memang menyakitkan hati. Menariknya, kit LEGO®  Speed Champions McLaren Senna ini didatangkan bersama set terowong angin untuk simulasi ujian aerodinamik.

Senna sebenar memiliki kit badan lebar berserta spoiler belakang besar dan tinggi yang berfungsi menghasilkan daya bawah (downforce) hingga 800kg pada kelajuan 249kmj. Dan kit LEGO ini turut tampil dengan identiti Senna iaitu spliter depan, corong udara bumbung, difuser dan spoiler besar (yang boleh ditanggalkan).

LEGO McLaren Senna ini berwarna Victory Grey (kelabu) dengan kemasan jingga dan pasangkan set roda boleh tukar, cermin boleh tanggal dan seorang pemandu yang sentiasa mengukir senyuman. Pemandu itu ialah bintang sama  yang membintangi siri animasi LEGO daripada Batman hingga ke Ninjago. Kali ini dia memakai sut lumba lengkap dengan logo Pirelli.

Harga pula memang mampu milik, cuma £12.99 (RM68.67), dan satu unit Senna sebenar ialah bersamaan 50,000 unit LEGO® Speed Champions McLaren Senna. Disebabkan murah, siri LEGO siri Speed Champions ini dijangka cepat habis. Sebagai contoh, model LEGO untuk McLaren P1™ dan McLaren 720S cukup laris di pasaran dan kini sudah tiada stok lagi.

McLaren Senna (gambar atas) kali pertama kali ditayangkan pada 2017 dan menjadi model paling ringan dihasilkan. Ia diilhamkan berasaskan pengalaman dan prestasi litar lumba sebenar, dan sah dipandu atas jalan raya biasa. Spesifikasi supercar itu dikuasakan enjin V8 turbo berkuasa 798hp dengan daya pecutan 0-100kmj sepantas 2.8 saat sahaja.

Peminat LEGO Malaysia yang berminat bolehlah cuba beli secara atas talian di SINI, cuma RM79.90 sahaja.

BACA >>> Aria FXE – Jawapan Amerika untuk Porsche 918 dan McLaren P1

Aryton Senna LEGO LEGO® McLarens LEGO® Speed Champions McLaren McLaren Senna McLaren Senna LEGO® Speed Champions Edition
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
    Roda2

    Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

    02/03/2026
    Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
    Aksesori

    Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

    24/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.