• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Harga Baru Honda Malaysia dengan SST 10 Peratus Berkuat Kuasa 1 September

Inilah Harga Baru Honda Malaysia dengan SST 10 Peratus Berkuat Kuasa 1 September

September 3, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

841
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAJAR pengumuman Kerajaan yang melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa 1 September 2018, Honda Malaysia mengumumkan harga baru semua barisan model keluaran pengeluar itu di Malaysia.

Model pemasangan tempatan (CKD) seperti Honda Jazz, BR-V, City, CR-V, Civic dan Accord dijual pada harga bermula RM70,242 hingga RM169,398. Model Honda v dersi import sepenuhnya (CBU) seperti Odyssey dan Civic Type-R pula dijual pada harga RM258,896 hingga RM330,002.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya sudah melaras semula harga jualan dan pusat servis berkuatkuasa 1 September.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Honda BR-V

MODEL CKD TURUN HARGA BERBANDING GST

Susulan pengumuman harga baru itu, kami cuba membuat perbandingan antara harga semasa GST dan SST. Berdasarkan pengiraan kami, semua model versi CKD masih lagi mencatatkan penurunan.

Sebagai contoh, harga semasa GST (6 peratus) untuk Jazz Standard ialah RM72,510, manakala harga semasa SST (10 peratus) pula dijual pada RM70,242. Jelas sekali berlaku penurunan harga hingga RM2,268. Bagaimanapun, model CBU seperti Odyssey dan Civic Type-R pula mencatatkan kenaikan harga.

Berikut perbandingan harga semasa antara GST dan SST bagi barisan model Honda Malaysia:Harga Honda Malaysia Dengan SST

841
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cukai, Harga baru honda malaysia dengan sst, harga honda, harga kereta honda malaysia, harga kereta honda malaysia 2018, harga kereta honda malaysia SSt, Honda Malaysia, SST, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my