Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah 7 Sebab Ingress Auto Paling Ideal Bawa Balik BMW, MINI
Auto Terkini

Inilah 7 Sebab Ingress Auto Paling Ideal Bawa Balik BMW, MINI

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADA banyak pengedar kenderaan lebih menumpukan aspek jualan kereta semata-mata. Sesetengahnya pula sanggup mengambil inisiatif menawarkan solusi paling komprehensif dalam usaha memastikan pelanggan menikmati ketenangan minda sepanjang pemilikan kenderaan mereka.

Ingress Auto ialah pengedar yang meletakkan pelanggan sebagai keutamaan paling tinggi dengan menyediakan suasana pengalaman pemilikan kenderaan paling ideal, terutama untuk jenama BMW dan MINI. Kenapa? Mudah saja, pelanggan dianggap sebagai VVIP Ingress Auto.

1. LEBIH DEKAT DENGAN ANDA

Ingress Auto Damansara
Ingress Auto Puchong

Sebut mengenai mengutamakan pelanggan, Ingress Auto menyediakan dua premis gah, Ingress Auto Puchong dan Ingress Auto Damansara untuk memudahkan penduduk sekitar merasai pengalaman pemilikan paling ideal dan penjagaan kenderaan optimum.

Terletak di Bandar Puteri Puchong, premis Ingress Auto Puchong adalah lokasi sangat ideal kerana mudah diakses orang ramai, khususnya dari Puchong, Bukit Jalil, Subang, Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Serdang, Seri Kembangan, Shah Alam dan Kinrara.

Ingress Auto Damansara pula terletak di Sungai Penchala yang menawarkan kesenangan kepada penduduk di kawasan Petaling Jaya seperti Bandar Utama, Damansara Perdana, Taman Tun Dr. Ismail, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Mont Kiara, Kota Damansara kepada penghuni di Sungai Buloh, Kepong serta Subang.

Ingress Auto Puchong
Ingress Auto Damansara

Cawangan Ingress Auto di Damansara dan Puchong membantu pelanggan menjimatkan masa, mengurangkan stres dan memberi ketenangan kerana tidak perlu membazir masa menempuh kesesakan trafik dan perjalanan jauh hanya untuk tujuan menyenggara kenderaan mengikut jadual atau tujuan baik pulih kenderaan.

2. BARISAN MODEL PALING LENGKAP

Satu kelebihan berkunjung ke premis Ingress Auto Puchong adalah peluang melihat pelbagai varian dan barisan model baharu dan terkini BMW, termasuk siri prestasi BMW M dan juga model elektrik (EV) penuh.

3. MINI BANGSAR

Jika bercadang memiliki model MINI, tempat terbaik untuk anda kunjungi ialah MINI Bangsar kerana inilah butik MINI eksklusif di Malaysia yang terletak di tengah pusat komersial Bangsar. Di sini, suasana sangat berbeza dan tidak terasa seperti berada dalam premis lain. Segala aspek MINI Bangsar diberikan sentuhan gaya hidup.

4. KHIDMAT ‘PRODUCT GENIUS’

Ramai pelanggan berminat mengetahui lebih lanjut mengenai model kereta di bilik pameran tetapi berasa kurang selesa ‘diganggu’ cara penasihat jualan. Lain pula kisahnya di Ingress Auto kerana mereka ada suatu perkhidmatan dipanggil  Product Genius.

Product Genius ialah pakar produk dan konsultan BMW yang juga duta jenama automotif itu yang berada tetap di Ingress Auto Damansara. Namun, pakar itu tiada masalah mengunjungi lokasi lain jika mendapat permintaan pelanggan.

Product Genius ialah pasukan individu berkemahiran tinggi, dan terlatih dengan segala aspek teknikal dan keistimewaan kenderaan BMW serta mampu memberikan penjelasan terperinci kepada pelanggan. Setiap soalan akan dijawab.

Seperkara yang mungkin ramai tidak tahu, Ingress Auto Damansara dipilih sebagai satu dari tiga premis program awal Product Genius pada 2019 yang membuktikan kepercayaan BMW Malaysia terhadap wakil pengedar itu.

Product Genius juga ada pada proses penyerahan kenderaan kepada pelanggan yang bertujuan membantu memberikan penerangan ciri lebih mudah.

5. SENTUHAN PAKAR, RESTORASI

Ingress Auto Puchong
Ingress Auto Puchong

Ingress Auto Puchong ada menyediakan  menawarkan servis selepas jualan membabitkan alat ganti dan pengetahuan teknikal menerusi pasukan juruteknik terlatih BMW.

Jika kenderaan BMW atau MINI mengalami kerosakan badan atau tertanggal cat, pelanggan boleh mendapatkan khidmat baik pulih BMW di Ingress Auto Puchong dan Ingress Auto Damansara. Bagi model MINI juga ada pusat baik pulih badan dan cat.

Ingress Auto Damansara
Ingress Auto Damansara

Pusat baik pulih badan dan cat tersebut menyediakan perkhidmatan mengecat dan baik pulih badan kenderaan pelanggan yang rosak akibat kemalangan. Malah, pelanggan boleh memperbaharui atau restorasi kereta masing-masing jika kenderaan dimamah usia.

6. STESEN PENGECAS EV

Fakta perlu diakui, Malaysia masih kekurangan fasiliti atau stesen cas kenderaan elektrik (EV). Isu berkenaan juga diambil berat Ingress Auto dengan mengambil inisiatif  menyediakan stesen cas pantas DC di premis Ingress Auto Damansara!

Bukan hanya model BMW, stesen cas itu juga boleh digunakan jenama EV lain untuk tujuan mengecas bateri kenderaan mereka.

7. BMW Premium Selection

Ingress Auto juga menyediakan perkhidmatan menaik taraf kenderaan BMW atau MINI sedia ada menerusi servis BMW Premium Selection.

Jadi, jika bercadang mendapatkan model BMW atau MINI terpakai yang perlu dijaga rapi, Ingress Auto ialah destinasi yang patut anda kunjungi.

BMW Ingress Auto Ingress Auto Damansara Ingress Auto Puchong Mini
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.