Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ini Sebab Kenapa Sistem Hibrid Toyota Sesuai untuk Pasaran Malaysia
Autotainment

Ini Sebab Kenapa Sistem Hibrid Toyota Sesuai untuk Pasaran Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA pengeluar minyak meramalkan dunia mungkin kehabisan sumber asli petroleum dalam tempoh 53 tahun. Khabarnya, ramalan itu ditulis dalam laporan tahunan firma berkenaan pada 2014.

Sumber asli minyak terbentuk jutaan tahun lalu dan bahan api fosil (petroleum) tergolong sebagai sumber tidak boleh diperbaharui. Maksudnya, jika sudah diekstrak keluar daripada perut Bumi dan digunakan, tiada cara lain untuk mencipta petroleum. Senario itulah membuatkan ramai pemain dalam industri automotif dunia, seperti Toyota berusaha membangunkan teknologi trenkuasa berasaskan tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

Toyota kini sudah memperkenalkan pelbagai kenderaan berasaskan teknologi mesra alam seperti elektrik hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV), elektrik sel bahan api (FCEV) dan berasaskan bateri (BEV).

Di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMW Toyota) pernah menyatakan komitmen untuk membawa perubahan kepada landskap automotif tempatan menerusi teknologi hibrid (HEV). Kenapa?

APA SEBENARNYA HEV?

  • Dari segi terminologi, HEV juga dipanggil ‘ kereta hibrid’, iaitu kenderaan yang dijana enjin pembakaran dalaman (ICE), motor elektrik dan pek bateri. Model hibrid Toyota pula dipacu dua unit motor elektrik.
  • Kereta hibrid ialah kenderaan dwi-tenaga (dual-power) yang menawarkan kecekapan tenaga, pemanduan dan prestasi lebih baik.
  • Kenderaan HEV juga menawarkan jarak pemanduan lebih jauh sebelum perlu mengisi semula bahan api.

BAGAIMANAKAH HEV BERFUNGSI?

  • Ketika memijak pedal minyak untuk bergerak, sistem hibrid akan menggunakan motor elektrik. Ini dapat menjimatkan penggunaan bahan api, sekali gus memberikan pemanduan yang lebih efisien dan bertenaga.
  • Sistem HEV akan memantau kondisi pemanduan sebelum bertindak menggabungkan kuasa motor elektrik dan enjin apabila diperlukan secara automatik.
  • Apabila kenderaan HEV berhenti seketika, misalnya di persimpangan lampu isyarat, sistem secara automatik akan mematikan enjin untuk mencegah pembaziran bahan api.

  • Kenderaan HEV membantu menjimatkan kos bahan api, selain pemandu dapat menikmati penggunaan bahan api lebih cekap berbanding kereta ICE dalam kelas sama.
  • Prestasi dan operasi trenkuasa HEV Toyota tidak melibatkan pergerakan banyak komponen lain seperti trenkuasa konvensional.
  • HEV Toyota menggunakan unit kawalan kuasa ringan, bersaiz kompak dan terbukti lebih efisien, serta dilengkapi transgandar dan unit motor untuk mencapai kecekapan bahan api.
  • Ada dua pek bateri dalam model hibrid Toyota, iaitu bateri kompak ringan Ni-MH voltan tinggi yang berfungsi menggerakan kenderaan berasaskan motor elektrik. Bateri kedua ialah jenis konvensional 12v, bekerja menampung sokongan elektrik fungsi kenderaan seperti sistem lampu dan audio.

BAGAIMANA BATERI HEV DICAS?

  • Kereta hibrid berbeza daripada PHEV, kerana bateri hibrid tidak perlu menggunakan kabel pengecas yang disambung kepada stesen cas.
  • Bateri HEV akan dicas semula secara automatik setiap kali kita menekan brek, melepaskan pedal minyak atau ketika enjin sedang beroperasi.
  • Sistem HEV menggunakan sensor untuk memahami seberapa kerap seseorang pemandu melepaskan pedal brek.
  • Selepas itu, sistem HEV sendiri menentukan seberapa banyak daya brek diperlukan pemandu berdasarkan maklumat penggunaan dan operasi pedal.
  • Kemudian, sistem akan melakukan kawalan koordinasi antara brek regenaratif (regenerative), pembrekan unit motor dan daya brek hidraulik. Proses seterusnya adalah membekalkan tahap daya brek yang diperlukan pemandu.
  • Sistem HEV akan memanfaat kemampuan motor regeneratif untuk menukar tenaga kinetik kepada kuasa elektrik.
  • Bateri Sistem Hibrid Elektrik Toyota generasi keempat direka untuk bertahan lama mengikut hayat kenderaan, dan juga berprestasi tinggi.

KELEBIHAN KERETA HIBRID DI MALAYSIA

Realistik
  • Tidak perlu berhenti untuk cas semula bateri.
  • Tidak perlu stesen atau infrastruktur pengecasan semula bateri.
  • Tidak perlu bimbang kuasa bateri habis, terkandas di jalanan atau pergerakan terbatas.
  • Sistem PHEV masih memerlukan stesen cas (walaupun bukan diwajibkan) untuk mendapat tahap kecekapan penggunaan tenaga terbaik.
  • Sistem BEV (atau kereta elektrik penuh) pula memerlukan masa 60 minit hingga beberapa jam untuk mengecas bateri, dan ada halangan jarak perjalanan, manakala sistem FCEV memerlukan infrastruktur hidrogen di Malaysia.
Mampu Milik
  • Secara am, kereta hibrid berharga kira-kira 10 peratus lebih mahal berbanding kereta konvensional (ICE), tetapi masih dianggap mampu milik berbanding kereta elektrik penuh.
  • Harga BEV pula lebih mahal daripada HEV jika dilihat pada beberapa pasaran asing.

5 KELEBIHAN SISTEM HIBRID TOYOTA

Apakah kelebihan dan keunikan sistem hibrid Toyota?

ADAKAH HEV SESUAI UNTUK MALAYSIA?

  • Jika melihat situasi semasa, jawapannya: YA. Ini kerana Malaysia masih kekurangan fasiliti stesen cas untuk kegunaan kereta PHEV dan BEV.
  • Malaysia masih belum melaksanakan inisiatif penuh untuk peralihan ke arah elektrifikasi.
  • Pengguna Malaysia belum bersedia sepenuhnya untuk beralih kepada BEV atau PHEV. Jadi, kenderaan hibrid biasa dilihat sebagai pilihan terbaik ke arag persediaan awal menuju mobiliti elektrik.
Auto Terkini autotainment HEV Toyota UMW Toyota Motor (UMW Toyota)
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.