Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ini Kereta Lumba Aras Mula BMW M2 Racing Untuk Pasukan Pelanggan Persendirian
Auto Terkini

Ini Kereta Lumba Aras Mula BMW M2 Racing Untuk Pasukan Pelanggan Persendirian

Abang HirataBy Abang Hirata03/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUNIA perlumbaan kereta tidak pernah murah. Bukan sahaja perlu menyediakan kereta dan segala alat ganti, sesebuah pasukan sama ada kecil atau besar perlu mengambil kira kos logistik dan sumber manusia.

Penganjur perlumbaan sedar tentang kos yang tinggi dan dari semasa ke semasa melihat semula kepada peraturan perlumbaan supaya lebih adil kepada pelbagai pasukan.

Kempen ini turut menerima sokongan pengeluar yang membangunkan model yang diperlukan.

Terbaru BMW M Motorsport memperkenalkan model terbaharu mereka, BMW M2 Racing yang akan mula ditawarkan kepada pasukan pelanggan persendirian bermula musim 2026 semasa acara pembukaan DTM di Litar Oschersleben, Jerman.

Kereta ini berasaskan casis generasi semasa BMW M2 yang telah ditingkatkan dengan pelbagai komponen perlumbaan.

BMW M2 Racing adalah penyambung kepada model lumba M sebelum ini.

Franciscus van Meel, CEO BMW M GmbH berkata: “Dengan pengenalan BMW M2 Racing, kami meneruskan tradisi yang membanggakan. Seperti model terdahulu M235i Racing, M240i Racing dan M2 CS Racing, BMW M2 Racing yang baharu ini akan mendefinisikan semula segmen aras mula.”

BMW M2 Racing menghasilkan 313 kuasa kuda (hp) dengan kelajuan maksimum melebihi 270 km/j.

Björn Lellmann, Ketua Customer Racing di BMW M Motorsport menjelaskan: “Dengan BMW M2 Racing, kami berjaya membawa model perlumbaan pelanggan aras mula ke litar yang menggabungkan keseronokan memandu, prestasi dan kawalan yang sangat intuitif.”

Pembangunan kereta dilakukan melalui kerjasama rapat di antara BMW M Motorsport dan pakar dari pengeluaran siri. Pemandu profesional BMW M termasuk Jens Klingmann terlibat dalam ujian intensif untuk mengoptimumkan prestasi, kebolehpanduan, haus tayar dan perbatuan.

Klingmann berkata: “Pembeli BMW M2 Racing boleh menjangkakan kereta aras mula yang hebat, sangat mudah dikendalikan dengan kos operasi rendah tetapi tetap sebuah kereta lumba sepenuhnya dengan prestasi tinggi.”

Bermula musim 2026, pasukan pelanggan BMW M Motorsport akan menggunakan BMW M2 Racing di seluruh dunia dalam pelbagai siri pecut kebangsaan dan antarabangsa serta acara ketahanan seperti 24 Hours of Nürburgring.

Seperti semua kenderaan pelanggan BMW M Motorsport, pakar BMW akan memberikan sokongan profesional kepada pelanggan BMW M2 Racing.

Adakah harga BMW M2 Racing ini berpatutan? Versi asas BMW M2 Racing berharga €98,000 (RM471,461) di EU. Angka ini layak untuk berada di dalam kategori berpatutan.

Kepada yang berminat, BMW M2 Racing diedarkan melalui pengedar terpilih BMW M Motorsport.

BMW BMW M BMW M2 BMW M2 Racing
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.