• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Miliki Kilang Bateri EV Terbesar di Asia Tenggara

Indonesia Miliki Kilang Bateri EV Terbesar di Asia Tenggara

July 9, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


INDONESIA membuktikan kesungguhan mereka untuk bergelar sebagai salah satu pemain global dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) dan sel bateri. Ini dilakukan menerusi perasmian kilang sel bateri kenderaan EV terbesar di Asia Tenggara.

Kilang yang dibangunkan di Karawang, Jawa Barat itu adalah hasil usaha antara dua firma Korea Selatan iaitu Hyundai Motor Group (Hyundai Motor) dan LG Energy Solution (LGES) dengan kemampuan pengeluaran 10GWh setahun.

Pemilihan Indonesia berkait rapat sumber asli penting yang diperlukan untuk penghasilan bateri EV. Majlis pelancarannya disempurnakan Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Pada 28 Julai 2021, Hyundai Motor dan LGES memeterai perjanjian persefahaman dengan Kerajaan Indonesia untuk penghasilan bateri EV di Karawang dengan pelaburan AS$1.1 bilion.

Selain itu, Hyundai Motor juga ada kerjasama dengan Hyundai Motor Manufacturing Indonesia dan Hyundai Mobis (Hyundai Motor) untuk mendirikan kilang sistem bateri di Greenland International Industrial Central (GIIC) Deltamas, Cikarang di Bekasi (Jawa Barat).

Bateri yang dihasilkan adalah untuk EV Hyundai dan sekitar 50,000 kenderaan utiliti sukan (SUV) Kona elektrik akan menggunakan bateri buatan tempatan.

SUMBER: CNN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Hyundai Motor Group (Hyundai Motor), Indonesia, LG Energy Solution (LGES), Presiden Joko Widodo, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my