Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEMPENA ulang tahun ke-125 jenama motosikal Indian Motorcycle, memperkenalkan empat model edisi khas dengan kemasan eksklusif serta koleksi pakaian terhad yang hanya dijual di pengedar rasmi jenama itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, pencapaian 125 tahun membuktikan kekuatan legasi jenama yang terus disokong komuniti penunggang setia sejak dahulu hingga kini. Koleksi istimewa ini bukan sekadar kosmetik, malah menonjolkan sentuhan buatan tangan, komponen premium dan elemen reka bentuk yang meraikan sejarah panjang jenama tersebut.

Empat Model Terima Sentuhan 125th Anniversary

Model yang dipilih ialah:

  • Chief Vintage
  • Scout Bobber
  • Challenger
  • Roadmaster

Kesemua model tampil dengan warna asas Indian Motorcycle Red yang menerima kemasan metallic microflakes secara manual. Turut disertakan pinstripe khas, grafik “125th Anniversary” samar (ghosted), tempat duduk berjahit premium serta nombor siri unik bagi setiap unit.

Semua edisi khas ini dilengkapi sistem Ride Command+ yang menawarkan fungsi pengesan lokasi motosikal, peringatan servis, paparan meter boleh ubah, data tunggangan terperinci serta navigasi.

Chief Vintage 125th Anniversary Edition

Dihadkan kepada 250 unit seluruh dunia, model ini dijual pada harga sekitar RM117,495 (anggaran berdasarkan kadar tukaran ±RM4.70/USD), iaitu kira-kira RM23,500 lebih mahal berbanding model asas.

Ia menerima footboard berkilat serta lampu hadapan Pathfinder Adaptive LED. Untuk tahun 2026, Chief Vintage dibangunkan berasaskan platform Chief dengan sentuhan klasik yang mengimbau model legenda era 1940-an.

Scout Bobber 125th Anniversary Edition

Terhad kepada 450 unit, harga anggaran model ini ialah RM82,245, iaitu sekitar RM21,150 lebih tinggi daripada versi standard.

Barisan Scout menerima kemas kini besar sebelum ini dan varian Bobber merupakan model paling laris. Identitinya jelas dengan tayar depan lebih gemuk, hendal rendah, kemasan hitam (blacked-out) serta fender dipendekkan untuk gaya lebih agresif.

Challenger 125th Anniversary Edition

Model bagger ini dihadkan kepada 250 unit dengan harga sekitar RM197,395, kira-kira RM61,100 lebih mahalberbanding model asas.

Ia menggunakan enjin PowerPlus 112 bersama fairing dipasang pada casis, sistem audio PowerBand serta ruang simpanan sisi (saddlebags). Edisi khas menerima tambahan seperti footboard berkilat untuk penunggang dan pembonceng, lampu aksen pada beg sisi, suis bercahaya (backlit switchcubes), lampu hadapan Adaptive LED serta cermin angin Flare berwarna gelap.

Roadmaster 125th Anniversary Edition

Paling eksklusif, hanya 100 unit ditawarkan di seluruh dunia pada harga sekitar RM206,795, iaitu kira-kira RM42,300 lebih mahal daripada model biasa.

Roadmaster hadir dengan sistem audio PowerBand, kemasan enjin sepadan warna badan, footboard berkilat untuk dua penunggang serta tempat duduk dua hala dengan fungsi pemanas dan penyejuk.

Koleksi Pakaian Terhad

Seiring pelancaran motosikal edisi khas, jenama ini turut memperkenalkan koleksi pakaian terhad yang merangkumi lapan barangan. Antara yang menjadi tumpuan ialah kemeja flanel hasil kolaborasi bersama Dixxon.

Turut ditawarkan:

  • Jaket kulit (terhad kepada 125 unit)
  • Jaket varsity
  • Sweatshirt crewneck
  • T-shirt lelaki dan wanita
  • Topi

Harga pakaian bermula sekitar RM61 hingga RM1,880, bergantung kepada barangan.

SUMBER: Rider Magazine

chief vintage cruiser edisi khas indian challenger indian motorcycle 125th anniversary Indian Motorcycles indian roadmaster scout bobber
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

KTM 990 RC R Track 2026 – Versi Litar Dengan 135 ps/105Nm, Ekzos Akra!

25/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.