• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / India Lancar Suzuki Gixxer SF MotoGP Edition dengan Seragam GSX-RR 2019

India Lancar Suzuki Gixxer SF MotoGP Edition dengan Seragam GSX-RR 2019

July 25, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS melancarkan Gixxer SF (2019) pada Mei lalu, Suzuki Motorcycle India memperkenalkan pula edisi MotoGP untuk sportbike itu yang diilhamkan daripada jentera GSX-RR 2019.

Seperti namanya, Gixxer SF MotoGP Edition ini tampil dengan seragam MotoGP dengan warna asas biru dan hitam,  berserta dekal 'SUZUKI' yang melintang sepanjang fairing dan panel sisi. Ada juga dekal jenama bendalir Suzuki, 'ECSTAR', berserta strip putih dan kuning yang menghiasi bahagian panel kepala, fairing sisi dan ekor, termasuk sekeliling rim.

BACA >>> Suzuki Lancar Gixxer SF 250 (2019) Serba Baharu di India, Harga RM10,100

Bahagian mekanikal kekal tidak berubah, dijana enjin 4-lejang 2 injap silinder tunggal 154.9cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan transmisi klac manual 5-kelajuan berkuasa 13.9hp dan tork 14Nm.

Bahagian roda 17 inci disokong sistem suspensi fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem henti dipasangkan brek cakera di depan dan belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) salur-tunggal

Gixxer SF MotoGP Edition ini dijual pada harga Rs1,10,605 (RM6,600). Murah benor yobbb!!!

BACA >>> 10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia

GALERI

SUMBER: SuzukiMotorcycleIndia

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MotoGP, roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki Ecstar, Suzuki Gixxer SF (2019), Suzuki Gixxer SF MotoGP Edition (2019), Suzuki GSX-RR 2019, Suzuki Motorcycle India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
    #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my