Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Imej Van EV Kia PV5 Passenger dan PV5 Cargo Dikongsi Sebelum Pelancaran Rasmi, Rekaan Tidak Tipikal
Auto Terkini

Imej Van EV Kia PV5 Passenger dan PV5 Cargo Dikongsi Sebelum Pelancaran Rasmi, Rekaan Tidak Tipikal

Abang HirataBy Abang Hirata21/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PADA September 2024 PanduLaju memaparkan mengenai model Kia Platform Beyond Vehicle (PBV) yang bakal ditawarkan di Jepun pada awal 2026.

PanduLaju juga memaparkan mengenai model konsep PV5 WKNDR EV Van yang tampil dengan rekaan lasak. Siri kenderaan PBV terdiri daripada PV5, PV7 dan PV1.

PV5 dipilih menjadi wakil pertama dan sebelum dilancarkan secara rasmi pada Kia EV Day di Sepanyol, Kia terlebih dahulu mendedahkan reka bentuk luaran PV5 Passenger dan PV5 Cargo.

Kia sekarang ini sibuk dengan kenderaan elektrik (EV) dan baru saja memperkenalkan EV4 sedan, hatchback dan GT-Line.

Kia PV5 Concept 2024

Dari segi rekaan, PV5 tampil bergaya dan tidak seperti van komersial yang ringkas dan bersahaja. Bukan sahaja badan, rekaan rim kedua-dua model juga menarik.

Kia akan menawarkan PV5 dalam beberapa konfigurasi, termasuk:

  • Passenger Van – Direka untuk keselesaan penumpang.
  • Cargo Van – Dioptimumkan untuk pengangkutan kargo.
  • Model derivatif & varian khusus akan didedahkan di Kia EV Day 2025.

Falsafah Reka Bentuk

  • Reka bentuk yang moden, fleksibel dan boleh disesuaikan melalui pendekatan modular.
  • Diinspirasikan oleh falsafah rekabentuk Opposites United.
  • Tiga gaya badan berbeza yang menawarkan penyelesaian inovatif sambil mengekalkan identiti reka bentuk yang konsisten.

Ciri-ciri Luaran 

  • Model PV5 Passenger Van dan PV5 Cargo Van berkongsi penampilan hadapan yang sama.
  • Lampu depan unik jenis menegak.
  • Pendakap badan ala kenderaan off-road.
  • PV5 Passenger Van: Pintu belakang jenis angkat tunggal.
  • PV5 Cargo Van: Pintu belakang sisi berkembar untuk praktikaliti, memudahkan proses pemuatan dan pemunggahan.

Lebih banyak perincian akan dikongsi pada 27 Februari 2025.

Kia PV5 Passenger:

Kia PV5 Cargo:

Kia PV5 Cargo

Kia PV5 Concept 2024:

Kia PV5 Concept 2024
Kia Kia PV5 Kia PV5 Cargo Kia PV5 Passenger
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.