Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya
Auto Terkini

iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

SyafieBy Syafie16/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

iCAUR Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting apabila sebanyak 1,800 kenderaan iCAUR kini berada di jalan raya di Malaysia, sekali gus mencerminkan permintaan kukuh terhadap jenama itu dalam segmen kenderaan tenaga baharu (NEV).

Pencapaian tersebut didorong populariti model seperti iCAUR 03 dan iCAUR V23 yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna tempatan.

Prestasi Kukuh Dalam Pasaran EV

Pada Februari 2026, iCAUR V23 muncul sebagai EV ketiga paling laris di Malaysia dengan 179 pendaftaran, manakala iCAUR 03 berada di kedudukan ketujuh dalam kalangan semua model EV di negara ini.

Sebelum ini, iCAUR 03 turut mencatat prestasi memberangsangkan apabila menjadi model EV ke-14 paling laris di Malaysia pada 2025, dengan 836 unit didaftarkan dalam tempoh empat bulan pertama jualannya.

Menurut Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin pencapaian tersebut mencerminkan hubungan kuat antara jenama itu dengan pelanggan yang menghargai reka bentuk unik serta pengalaman pemilikan yang lebih ekspresif.

Pelancaran Kelab Pemilik iCAUR Malaysia

Bagi meraikan pencapaian tersebut, iCAUR Malaysia menganjurkan Sesi Penyerahan 1,800 (1,800 Handover Session) yang menghimpunkan para pemilik iCAUR untuk meraikan kejayaan tersebut serta menyambut pemilik ke-1,800.

Pada masa sama, jenama itu turut melancarkan Kelab Pemilik iCAUR Malaysia (iCAUR Malaysia Owners Club) sebagai komuniti rasmi pertama bagi pemilik kenderaan iCAUR di negara ini.

Pengarah Pemasaran iCAUR Malaysia, Daniel Lai berkata, kelab tersebut diwujudkan bagi memberi peluang kepada pemilik berhubung, berkongsi pengalaman serta membina komuniti yang lebih erat.

Komuniti & Budaya “Born to Play”

Kelab Pemilik iCAUR Malaysia akan memfokuskan kepada dua teras utama iaitu:

  • Perjalanan Pengubahsuaian (Customisation Journey) – pemilik boleh berkongsi idea dan menampilkan modifikasi kenderaan masing-masing
  • Pembangunan Komuniti (Community Building) – aktiviti pertemuan, rangkaian dan pengalaman gaya hidup bersama

Sejak pelancarannya pada September 2025, iCAUR 03 sudah memperkenalkan konsep SUV elektrik pengembaraan jalan lasak, manakala iCAUR V23 yang diperkenalkan pada November 2025 membawa gaya rekaan retro berinspirasikan ikon klasik 4×4.

Perkembangan ini terus mengukuhkan kedudukan iCAUR sebagai jenama yang memfokuskan kepada EV berorientasikan pengembaraan dengan gaya unik dan personaliti tersendiri.

Auto Terkini iCAUR 03 iCAUR Malaysia iCAUR V23 Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

    16/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.