Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ibu Sarat Hamil Maut Kemalangan di Pasir Gudang, Bayi Bertarung Nyawa
Auto Terkini

Ibu Sarat Hamil Maut Kemalangan di Pasir Gudang, Bayi Bertarung Nyawa

FikriBy Fikri10/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG wanita hamil sembilan bulan maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di KM19.2 Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam insiden jam 12.40 malam kelmarin (Isnin), bayi mangsa bagaimanapun terselamat dan masih menerima rawatan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang merupakan penumpang kereta jenis Honda Civic datang dari arah Tebrau menghala ke Pasir Gudang dipercayai hilang kawalan dan merempuh kotak panel elektrik di pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, wanita berkenaan yang mengandung sembilan bulan berusia 28 tahun cedera dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSI.

Beliau berkata, pemandu yang juga seorang wanita warga tempatan berusia 30 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di HSI.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis mengetahui insiden berkenaan selepas mengesan hantaran dimuat naik pemilik Facebook Puven Rajandran.  Dalam perkongsian itu, kenalan mangsa itu bimbang insiden berkenaan mungkin berpunca disebabkan kondisi jalan tidak selamat, termasuk berlubang dan licin.

Puven terkilan dengan kematian mendiang akibat kemalangan berkenaan dengan bayi mangsa masih bertarung nyawa. Malah dia juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan insiden sama berulang.

SUMBER: SinarHarian | FB: Puven Rajandran

Auto Terkini Johor Bahru kemalangan jalan raya kemalangan maut Lebuhraya Pasir Gudang Pasir Gudang
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.