Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Tucson 2024 Facelift Diperkenal di Korea, Nampak Sama Tapi Berbeza!
Roda4

Hyundai Tucson 2024 Facelift Diperkenal di Korea, Nampak Sama Tapi Berbeza!

Abang HirataBy Abang Hirata18/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Tucson
bukan asing buat pengguna tempatan. Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sama naik dengan Kia Sportage dan ditawarkan di pasaran tempatan dari generasi pertama hingga generasi keempat.

Model generasi keempat dengan rekabentuk futuristik dikeluarkan sejak 2020 dan kini tiba masa untuk model baharu versi dipertingkat (facelift).

Sebelum ke pasaran lain, Hyundai sempat memperkenalkan Tucson 2024 di Korea. Sekali pandang bahagian depan tidak jauh beza dan penulis bersetuju dengan strategi Hyundai.

Wajah asal Parametric Dynamics sudah elok dan diperkemas Hyundai dengan jumlah lampu dikurangkan kepada empat daripada lima sebelum ini. Walaupun berkurang, setiap lampu kini lebih besar dan bentuk gril diringkaskan dengan kluster lampu kini lebih menyerlah.

Rekaan bampar depan juga diubah dengan bukaan bawah baharu dan plat skid dipanjangkan untuk visual lebih lebar.  Dari sisi boleh dilihat rim corak baharu yang masih mengekalkan gaya sabit.

Jika bahagian luaran hampir sama, lain pula ruang kabin yang seakan masuk ke dalam kereta baharu dengan papan pemuka ditukar sepenuhnya ala model elektrik IONIQ 5 dan IONIQ 6.

Paparan pemandu dan unit infotainmen disepadu secara horizontal dengan tetapan dan arahan dibuat melalui butang dan tombol fizikal, termasuk kawalan sentuh.

Lagi perubahan ketara adalah ruang terbuka papan pemuka untuk simpanan barang, stereng gaya klasik dan tuil gear elektronik di sebalik stereng, serta turut dilengkapi pad pengecas wayarles.

Hyundai belum berkongsi maklumat trenkuasa. Sebagai rujukan, Tucson pasaran tempatan dijana enjin 2.0L dan 1.6L turbo yang masing-masing dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan dan 7-kelajuan.

Ada sembilan warna untuk pasaran Korea, termasuk dua warna baharu, Fine Green Matte (hijau) dan Ultimate Red Metallic (merah).

Memandangkan Tucson 2024 baru saja diperkenal di Korea, agak mustahil model itu memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat. Berbeza generasi terdahulu yang dipasang di Kulim, Kedah, Tucson terbaharu diimport terus dari Korea dan dijual pada harga bermula RM158,888.

hyundai Hyundai Tucson Hyundai Tucson 2024 Hyundai Tucson 2024 Facelift Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Parametric Dynamics Roda4 SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.