Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Staria Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,888
Roda4

Hyundai Staria Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,888

Han OthmanBy Han Othman07/10/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar rasmi kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) 10-kerusi Hyundai Staria dalam tiga varian, iaitu Lite, Plus dan Max pada harga bermula RM179,888.

Direka untuk famili besar dan perniagaan, MPV saiz penuh ini didatangkan dalam konfigurasi kerusi 2-3-2-3 dengan menawarkan ruang simpanan selesa dan kerusi gelongsor bagi meningkatkan versatiliti untuk memenuhi keperluan pengguna sama ada sebagai pengangkutan, memuatkan barangan dan latan sukan atau pergi berkhemah.

BACA >>> HSDM Lancar MPV Staria Premium Versi CBU, Harga Mula RM358k!
BACA >>> Hyundai Perkenal Bas Sekolah Canggih, Staria Kinder untuk Pasaran Korea Selatan

Berikut perincian Staria (2022):

HARGA DAN VARIAN

  • Staria Lite – RM179,888 (harga atas jalan tanpa insurans) untuk dua tahun waranti atau 50,000km (mana satu tiba dahulu), atau opsyen naik taraf RM10,000 untuk lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu) + servis percuma tiga tahun atau 50,000km (mana satu tiba dahulu).
  • Staria Plus – RM196,888 (harga atas jalan tanpa insurans) untuk dua tahun waranti atau 50,000km (mana satu tiba dahulu), atau opsyen naik taraf RM10,000 untuk lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu) + servis percuma tiga tahun atau 50,000km (mana satu tiba dahulu).
  • Staria Max – RM209,888 (harga atas jalan tanpa insurans) untuk dua tahun waranti atau 50,000km (mana satu tiba dahulu), atau opsyen naik taraf RM10,000 untuk lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu) + servis percuma tiga tahun atau 50,000km (mana satu tiba dahulu).

SPESIFIKASI

  • Dijana enjin 2.2 CDRi Diesel berkuasa 175hp @ 3,800rpm, tork 431Nm @ 1500-2500rpm.
  • Transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Ada 4 mod pemanduan: Smart, Normal, Eco dan Sport dengan sistem pauan roda depan (2WD).
  • Sistem suspensi strut MacPherson (depan), dan Multi-link (belakang)
  • Rim aloi 17 inci (Lite dan Plus) dengan tayar 215/65 dan 18 inci (Max dan Premium) dengan tayar 235/55.

CIRI KESELAMATAN

  • 6 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX

TEKNOLOGI BANTUAN PEMANDU HYUNDAI SMARTSENSE

Ciri ini dibekalkan untuk varian Staria Max dan Staria Premium sahaja.

  • Bantuan Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan fungsi Henti & Mula (Stop & Go)
  • Bantuan Keluar Selamat (SEA)
  • Amaran Penumpang Belakang (ROA)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)
  • Amaran Jarak Parkir (PDW)
  • Monitor Paparan Keliling (SVM)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Amaran Kenderaan Depan Gerak (LVDA)

BACA >>> Hyundai Stargazer Jadi MPV Pilihan Sepanjang GIIAS 2022 di Indonesia
BACA >>> Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

hyundai HYUNDAI staria Hyundai-Sime Darby Motors Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) MPV MPV Full-Size Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.