Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai IONIQ 5 N 2025 Lancar di Korea dengan Ciri Drift Dipertingkat, Harga RM240k
Roda4

Hyundai IONIQ 5 N 2025 Lancar di Korea dengan Ciri Drift Dipertingkat, Harga RM240k

Abang HirataBy Abang Hirata30/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMERHATIKAN Hyundai memberi tumpuan kepada IONIQ 5 N menampakkan kecekalan pengeluar itu dalam menonjolkan kereta elektrik prestasi.

Kereta famili sebegitu tidak dibuat pengeluar lain, sama ada Toyota, Honda dan Mazda. Tidak dinafikan Nissan tampil dengan LEAF Nismo atau Ford menerusi Mustang Mach-E, tetapi IONIQ 5 N lebih ekstrem kerana dijadikan model global.

Hyundai IONIQ 5 N

Terbaharu Hyundai memperkenalkan IONIQ 5 N 2025 untuk pasaran Korea dengan ciri baharu dan peningkatan spesifikasi standard. Sistem N Drift Optimizer sedia ada diperhalusi bagi membantu aksi drift lebih lancar.

Logik isyarat pengawasan kenderaan untuk penilaian situasi drift (tingkah laku kenderaan dan perubahan permukaan jalan) ditambah baik, manakala tahap kawalan tidak boleh dipilih sebelum ini dibahagikan kepada 10-tetapan bagi membolehkan pemandu memilih tahap bantuan drift yang sesuai mengikut kemahiran pemanduan.

Secara khusus, tetapan ke-10 (mod Pro) meminimumkan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan melaras daya kilas pemanduan secara linear buat pemandu berpengalaman melakukan drift lebih bebas.

Hyundai turut menambah fungsi Memori Penurunan Gear dan Bantuan Turun Curam (HDC) pada sistem anjakan gear virtual N e-Shift.

Memori Penurunan Gear direka bagi mengoptimum prestasi ketika memandu di litar, yang mana sistem menyimpan arahan tanpa menukar gear hingga halaju enjin (RPM) berada dalam julat bersesuaian.

Sistem itu membantu mengekalkan momentum dan memastikan peralihan lebih lancar dan meningkatkan keseluruhan dinamika pemanduan di litar.

Dengan menangguh anjakan gear ke bawah hingga situasi sesuai, sistem meningkatkan kawalan dan tahap respons yang membolehkan pemandu menumpukan kepada garis lumba (racing line) tanpa perlu risau mengenai anjakan gear.

Fungsi Bantuan Turun Bukit (HDC) pula sama seperti brek enjin pada kenderaan biasa dengan menghalang kereta daripada menuruni curam terlalu laju ketika menurunkan gear untuk pemanduan stabil.

Fungsi N e-Shift turut ditambah pada mod Eco selain mod Normal, Sport dan N untuk pemandu menikmati keseronokan pemanduan melalui anjakan gear virtual dalam semua mod.

Tanpa ekzos, pemandu tetap boleh berseronok. Ketika menggunakan fungsi kawalan luncur N Launch Control, bunyi persediaan untuk memulakan pemanduan sentiasa aktif walaupun sistem bunyi maya N Active Sound + (NAS+) dimatikan.

Hyundai IONIQ 5 N

Dari segi komponen, IONIQ 5 N kini dilengkapi Sistem Lampu Depan Pintar (IFS) yang sentiasa melaras suluhan lampu depan memberikan penglihatan baik kepada pemandu selain mencegah kesan silau kepada pengguna jalan raya lain.

Sistem Walk Away Lock pula mengunci pintu automatik apabila pemandu beredar jauh dari kereta, dan satu lagi ciri bagus ialah Vehicle-to-Load (V2L) yang mampi memberikankan kuasa kepada perkakasan elektrik menggunakan bateri kereta.

Lagi ciri standard ialah stereng dengan amaran getaran dan cermin keselamatan untuk penumpang belakang.

Hyundai IONIQ 5 N 2025 ditawarkan dalam satu varian pada harga 77 juta won (RM240,340) selepas ditolak insentif kereta mesra alam sekitar.

Hyundai IONIQ 5 N
Hyundai IONIQ 5 N
hyundai Hyundai Ioniq 5 Hyundai IONIQ 5 N Hyundai IONIQ 5 N (2025) Ioniq 5 N Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.