Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Konsep Hyundai Crater Concept Tayang di LA, Mahu Lawan Jip Lasak Amerika?
Roda4

SUV Konsep Hyundai Crater Concept Tayang di LA, Mahu Lawan Jip Lasak Amerika?

Abang HirataBy Abang Hirata24/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Hyundai Crater Concept

HYUNDAI Motor America memperkenalkan konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak lasak, Hyundai Crater Concept di Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2025 atau AutoMobility LA 2025 sebagai inspirasi semangat eksplorasi.

Direka Pusat Teknikal Hyundai America (HATCI) di Irvine, California, model konsep itu menonjolkan falsafah XRT yang menumpukan kepada perlindungan, konektiviti dan rekabentuk ilham persekitaran ekstrem seperti IONIQ 5 XRT, Santa Cruz XRT dan Palisade XRT PRO.

Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept

Rekabentuk Luaran: Art of Steel, Semangat Pengembaraan

Hyundai Crater Concept membawa falsafah Art of Steel, iaitu bahasa rekabentuk yang menterjemah kekuatan dan fleksibiliti besi kepada bentuk beralur lembut, tetapi berkuasa.

Tema Rekabentuk: The Impact of Adventure

Hyundai Crater Concept

  • Dibentuk untuk tampak lasak dan mampu menjelajah, dengan badan bersegi, plat bawah besar dan garis yang menonjolkan ketahanan
  • Perkadaran kompak berasaskan senibina monokok untuk keanjalan dan kemampuan meredah ke mana sahaja
  • Siluet tinggi dengan sudut daki depan (approach) dan pelepasn belakang (departure) yang curam untuk aktiviti off-road serius

Rekabentuk Luaran

Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
  • Rim heksagon 18 inci diilhamkan visual asteroid menghentam permukaan metalik, dan dipadankan tayar off-road 33 inci untuk cengkaman dan jarak tinggi bumi lebih tinggi
  • Plat bawah lebar berfungsi sebagai pelindung bawah badan dan menguatkan visual lasak
  • Rak bumbung direka untuk pemasangan lampu tambahan, storan lebih besar dan aksesori off-road
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
  • Kabel dari bonet ke bumbung (limb risers) yang berfungsi sebagai pelindung daripada dahan rendah di laluan sempit
  • Fender tirus dengan gerbang roda lebar menekankan karakter robotik dan visual kedudukan yang gagah
  • Panel rocker diilhamkan daripada kotak utiliti-protektif yang melambangkan kesediaan menghadapi pelbagai bentuk muka bumi
  • Lampu parametrik piksel dan pencahayaan tidak langsung mencipta efek bertingkat dengan pencahayaan lembut yang menyinari permukaan sekeliling
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
  • Lampu off-road bumbung menampilkan tema piksel gradien Hyundai
  • Ciri praktikal seperti cangkuk penyelamatan (recovery) yang turut berfungsi sebagai pembuka botol
  • Kamera cermin sisi boleh tanggal dan berfungsi sebagai lampu suluh atau kamera untuk merakam pengembaraan

Rekabentuk Dalaman: The Curve of Upholstery

Hyundai Crater Concept

Kabinnya dibangunkan untuk pencinta teknologi dan pengembaraan lasak, menggabungkan bentuk teknikal dengan material lembut tetapi tahan lasak. Crash pad tinggi bertindak sebagai penyambung visual antara rekaan luar dan dalam.

Antaramuka, Teknologi

Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
  • BYOD (Bring Your Own Device) atau ‘Bawa Peranti Sendiri’ membolehkan pengalaman digital fleksibel mengikut keperluan pengguna
  • Paparan dongak (HUD) penuh lebar dengan paparan dan fungsi seperti imej kamera belakang
  • Pad rempuh dengan lampu ambien yang tampil menyerlah melalui lubang halus dengan mengeluarkan cahaya lembut
  • Aksen tali (strap-inspired) bersama lampu ambien menambah kedalaman visual

Struktur Kabin

Hyundai Crater Concept

  • Rangka keselamatan berfungsi dengan hendal genggam (grab handle) untuk naik turun lebih mudah, memberikan rasa keselamatan dan keyakinan ketika meneroka
  • Kerusi jenis memeluk dengan pad tiga dimensi dan sokongan sisi tebal untuk stabiliti ketika off-road
  • Penyandar kepala ergonomik, kusyen silinder dan tali keledar 4-poin
  • Stereng petak dengan paparan piksel tengah dan butang mod rupa bumi (terrain)

Butiran Dalaman

Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
  • Crater Man, maskot simbolik dengan elemen interaktif tersembunyi
  • Kit pertolongan cemas (sisi penumpang)
  • Pemadam api (sisi pemandu)
  • Pembesar suara Bluetooth di konsol tengah boleh ditanggal
  • Lampu apertur tersembunyi mencipta efek cahaya unik
  • Konsol tengah bentuk silinder di tengah kabin dengan indikator visual mekanikal

Kelengkapan Off-Road

Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept

Hyundai Crater Concept bukan sekadar gaya, tetapi direka dengan fungsi sebenar untuk menerokai kawasan mencabar.

Ciri Off-Road Utama

  • Kontroler Off-Road gaya gear untuk kawalan penuh sistem kunci difrensial terhad (LSD) depan dan belakang, pengurusan cengkaman dan brek.
  • Mod Pemilih Permukaan: Snow, Sand, dan Mud
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Kawalan Brek Treler (TBC)
  • Kompas
  • Altimeter

Warna, Material: Dune Gold Matte / Black Ember Interior

Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept

Warna Badan: Dune Gold Matte

  • Diinspirasikan landskap pantai dan gurun California, gabungan bayang hijau-keemasan, tebing berangin dan rumput keemasan.
  • Menampilkan karakter moden dan muda dengan elemen budaya meluncur serta gaya hidup luar.
  • Aksen jingga anod pada titik sentuhan menambah personaliti ceria dan kontras.

Material Dalaman: Black Ember

  • Direka untuk tahan lumpur, pasir dan penggunaan lasak ketika merentas kawasan berbatu California
  • Seperti jaket lama dipakai, material itu membentuk patina semasa ke semasa sambil kekal tahan lasak terhadap persekitaran
  • Aksen jingga menghubungkan kabin dengan elemen luar seperti matahari terbenam padang pasir
  • Gabungan kulit hitam, Alcantara hitam, kemasan logam berus (brushed metal) dan corak topografi sebagai gambaran visual perjalanan
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept
AutoMobility LA 2025 hyundai Hyundai Crater Hyundai Crater Concept Hyundai Motor America LAAS 2025 Roda4 SUV Konsep
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.