Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hypercar Nilu Diperkenal dengan Enjin NA 6.5L V12, Transmisi Manual!
Roda4

Hypercar Nilu Diperkenal dengan Enjin NA 6.5L V12, Transmisi Manual!

Abang HirataBy Abang Hirata20/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NILU27 ialah nama baharu dalam pengeluar kereta hiper (hypercar), tetapi bukan bagi pengasasnya, Sasha Selipanov. Beliau pernah berkhidmat selama 11 tahun bersama Kumpulan Volkswagen dan terlibat dalam projek Volkswagen, Bugatti dan Lamborghini.

Bersama Kumpulan Volkswagen, beliau dilantik sebagai Ketua Pereka Luaran Bugatti dan mengetuai pembangunan rekabentuk luaran Vision GT dan Chiron.

Sasha kemudian berpindah ke Genesis sebelum ke Koenigsegg sebagai Ketua Pereka yang memainkan peranan penting dalam rekabentuk Gemera dan CC850.

Selepas berkhidmat dengan syarikat automotif ternama, beliau bersama Inna Selipanov mengasaskan Nilu27.

Model pertama Nilu27 ialah hypercar Nilu yang berbeza daripada trend industri automotif, iaitu tanpa elektrifikasi, elemen pendigitalan dan bantuan teknologi canggih lain.

Matlamat Sasha adalah menghasilkan sebuah kereta dengan rekabentuk segar, tetapi masih biasa dilihat. Sekali pandang, Nilu akan terus menarik perhatian dengan rekabentuk menonjol yang masih memiliki keanggunan tersendiri. Berikut ciri dimiliki Nilu:

Luaran

  • Mengambil ilham jentera lumba Formula Satu (F1) 60-an dan Le Mans, rekabentuk rumah klasik Itali, falsafah form follows function Bauhaus, kereta muscle klasik Amerika, kereta drift, matematik dan muzik metal avant garde.
  • Rekabentuk luaran yang memiliki fungsionaliti dan aerodinamik.
  • Rekabentuk permukaan kemas dan dikontra dengan ruang enjin mekanikal terdedah.

Dalaman

  • Kabin direka untuk sudut pandang sempurna dengan ciri ergonomik dan keselamatan ideal.
  • Pereka berjaya menghasilkan garisan bumbung yang sangat rendah dan dimensi kabin kompak tanpa mengorbankan keselesaan.
  • Dua kerusi dengan fungsi keluar dan masuk kabin terbaik dalam kelas berikutan penggunaan pintu buka atas (gullwing door) dan kerusi tenggelam serta tetap yang tidak menghalang bukaan pintu dengan bonjolan sisi kerusi.
  • Suis kawalan manual dan analog.
  • Satu-satunya skrin adalah untuk kamera bagi menangani kelemahan tradisional enjin tengah (midnengine) yang sukar untuk melihat pandangan belakang.
  • Stereng tanpa suis dan tombol untuk tetapan mod pandu dan sebagainya.
  • Stereng boleh laras, kotak pedal, penyandar kepala, cermin sisi dan beberapa perkakasan lain secara manual.

Casis, Suspensi, Brek, Rim

  • Karbon monokok dengan subfrem tiub (tubular) aluminium-aloi.
  • Rekaan tiub sengaja dipilih bagi meningkatkan laluan kepada komponen trenpacu (drivetrain) selain memudahkan pengeluaran haba dan estetika mekanikal.
  • Suspensi rod tunjal wishbone ganda (double wishbone).
  • Komponen brek seramik karbon Brembo dengan kaliper putih.
  • Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R saiz 265/35 R2 di depan, dan 325/30 R21 (belakang).
  • Rim Nilu27 saiz 10×20 inci depan dan 13×21 inci di belakang. Rim adalah rekaan sendiri Nilu27 dan dikeluarkan AppTech di Itali.

Trenkuasa

  • Enjin petrol aspirasi natural (NA) 6.5L, V12 80º tanpa kuasa pendesak seperti turbo atau elektrifikasi.
  • Hasil kerjasama dengan Hartley Engines daripada New Zealand.
  • Disasarkan untuk menjadi hypercar NA  paling berkuasa dunia dengan output kuasa lebih 1,000hp.
  • Dimensi gerek besar dan lejang pendek menjadikan rev seperti motor elektrik.
  • 12 badan terotel besar untuk respons terotel serta-merta.
  • Posisi injap masukan dan ekzos berganti tempat untuk pengeluaran haba, packaging dan estetik.
  • Sistem ekzos cetakan 3D menggunakan Inconel, sejenis super aloi berasaskan nikel-kromium.
  • Transmisi manual 7-kelajuan CIMA.

Pada peringkat awal, pengeluaran Nilu dihadkan 15 unit sahaja dengan model prototaip awal dan kumpulan pertama dipasang Kumpulan Aria di Irvine, California, Amerika Syarikat (AS), manakala fasiliti pengeluaran Nilu27 bersedia sepenuhnya.

Pada masa sama, Nilu27 akan membangunkan lebih banyak model jalanan, tetapi terhad 54 unit sahaja. Empat unit hadir dalam rekabentuk unik dan one-off.

hypercar Kereta Hiper Nilu Nilu27 Roda4 Sasha Selipanov
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.