Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Husqvarna FS 450 Supermoto (2024) Debut Rasmi Peringkat Global, Harga Belum Dedah
Roda2

Husqvarna FS 450 Supermoto (2024) Debut Rasmi Peringkat Global, Harga Belum Dedah

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize08/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HUSQVARNA Motorcycles memperkenalkan versi terkini Husqvarna FS 450 Supermoto (2024) kepada dunia pada 4 Mei lalu.

Model edisi tahun baru itu melibatkan  kemas kini penutup pelana cengkaman tinggi serba baharu dan grafik kelabu, kuning dan putih baharu untuk penampilan lebih memukau.

Husqvarna FS 450 (2024) dikuasakan enjin silinder tunggal 450cc SOHC yang dipadankan trasmisi manual 5-kelajuan dengan sistem brek hidraulik Brembo dan klac antilompat Suter.

Enjin tersebut dikemas kini buat kali terakhir untuk model 2023 yang dibangunkan khas untuk prestasi hebat dan lebih ringan. Tugas suspensi dikendalikan fork 48mm WP XACT dengan teknologi AER di depan, dan monoshock WP XACT.

Jarak tinggi bumi 281mm (lebih dari 11 inci), dan Brembo menjadi komponen brek dengan saiz cakera petal 310mm di depan dan cakera petal 220mm di belakang.

Rim jenis jejari Alpina hitam bersaiz 16.5 inci di depan dan 17 inci (belakang) yang dibalut tayar Metzeler Racetec SM untuk memberikan cengkaman, daya kilas dan ketangkasan lebih baik.

Perincian lain ialah dua subfrem aluminium poliamida, mesin CNC tiga apit, bar hendal Pro Taper dan suis opsyen pemetaan enjin pada bar hendal.

Dengan suis itu, penunggang boleh mengaktifkan kawalan luncur, kawalan traksi, anjakan pantas, dan juga menukar dua pemetaan enjin berbeza dengan mudah. Kapasiti tangki bahan api 17.2 liter.

Harga dan stok Husqvarna FS 450 (2024) mungkin berbeza mengikut pasaran. Bagaimanapun, harga model ini masih lagi tidak didedahkan di laman web Husqvarna Malaysia. Sebelum ini Husqvarna FS 450 Supermoto dijual pada harga RM53,000 untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Husqvarna Norden 901 (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM98.8k!
BACA >>> Husqvarna, Google dan Unreal Engine Jalin Kerjasama Hasilkan Kustom untuk FC 450

SUMBER: RideApart

Husqvarna FS 450 (2024) Husqvarna Malaysia roda2 supermoto
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.