Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Beeline Moto – Peranti GPS Mesra Penunggang, Cuma Papar Anak Panah Tunjuk Arah
Autotainment

Beeline Moto – Peranti GPS Mesra Penunggang, Cuma Papar Anak Panah Tunjuk Arah

ZYBy ZY29/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAMAT tinggal Waze dan Google Maps!

Syarikat start-up Beeline mahu anda ucapkan selamat tinggal kepada sistem navigasi serba berserabut dengan memperkenalkan Beeline Moto, sistem navigasi terkini yang cuma memaparkan anak panah menerusi berdiameter 30mm.

Ya, tampak ringkas, tetapi jangan pula tidak percaya di sebalik peranti dan aplikasi terbina dalam itu, termuat algoritma rumit bagi membantu anda mendapatkan navigasi terbaik sepanjang tunggangan.

BACA >>> Google Maps Perkenal Mod Motosikal untuk Penunggang India, Negara Lain Bakal Menyusul

Menurut Beeline, teknologi dibangunkan itu menggunakan algoritma khas dalam telefon, termasuk peranti sendiri bagi mengemas kini arah navigasi yang bergantung kepada kepada lokasi penunggang dengan data diperoleh daripada sensor giroskop, magnetometer dan akselerometer.

Selain navigasi simpang-demi-simpang atau turn-by-turn, peranti Beeline Moto juga boleh disetkan untuk tunjuk arah kedudukan destinasi sahaja kepada penunggang yang berminat mencari laluan sendiri. Ini sangat berguna buat mereka yang sukakan tunggangan off-road.

BACA >>> GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?

Mempunyai jangka hayat bateri 30 jam, peranti ini juga boleh dicas semula dan kalis air. Bagi merealisasikan gajet unik itu, Beeline cuba meraih dana awam menerusi program atas talian Kickstarter pada 26 Jun lalu dengan mensasarkan AS50,000 (RM207,671). Hasilnya cukup lumayan kerana syarikat itu berjaya mengutip dana sebanyak AS$669,891 (RM2.78 juta)!

Sebelum terlupa, Beeline Moto ini serasi dengan telefon pintar iOS 9.2 ke atas dan Android 7.0 Nougat dan ke atas.

Anda kini boleh membuat tempahan awal pada harga AS$110 (RM456) menerusi laman web Beeline dan proses penghantaran dijadualkan bermula Februari tahun depan. Setiap produk diberikan jaminan setahun, siap dengan jaminan pulangan wang semula dalam tempoh 60 hari.

Hmm, menarik juga. Siapa dah berminat?

Beeline Moto | smart navigation for motorcycles made simple
GALERI

SUMBER: WiredUK

aksesori Beeline beeline moto Google Maps GPS navigasi motosikal peranti GPS Waze waze vs google maps
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

25/06/2026
Logo GWM
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Logo GWM
Elektrifikasi

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

25/06/2026
Logo GWM
Elektrifikasi

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.