• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit

#RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit

December 26, 2016 By Azhan O 1 Comment

697
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM Hot Wheels, sebenarnya ada banyak pengeluar kereta mainan kecil tuangan terap (diecast) seperti dihasilkan jenama buatan Amerika Syarikat (AS) itu.

Mainan diecast sudah ada di pasaran seawal abad ke-20, dihasilkan pengeluar seperti Meccano untuk jenama Dinky Toys di Britain, Dowst Brothers (Tootsie Toys) di AS dan Fonderie de précision de Nanterre (Solido) di Perancis.

Model awal kereta mainan diecast dihasilkan menggunakan bendasing dalam aloi untuk menghasilkan pes zink. Bagaimanakan material itu menyebabkan tuangan menjadi herot dan retak tanpa sebab jelas. Ini membuatkan banyak mainan diecast sebelum Perang Dunia Kedua sukar ditemui dalam keadaan masih elok. Kemudian, masalah itu dapat diatasi menerusi penggunaan aloi Zamak ketulenan tinggi (high purity).

BACA >>> Inilah Hot Wheels dengan Harga Paling 'Meninggal Dunia', Dinilai Lebih RM600k

MATCHBOX CETUS KEGILAAN

matchbox-12c-landrover-safari
matchbox-ford-ranger
matchbox-1953

Walaupun banyak pengeluar lebih awal mengeluarkan kereta mainan diecast, tetapi syarikat pertama yang mencetuskan kegilaan kereta mainan diecast bersaiz kecil ialah Lesney menerusi jenama Matchbox pada 1953.

Apa yang unik mengenai Matchbox ialah setiap keretanya dipakejkan dalam kotak kecil yang direka seperti kotak mancis. Populariti Matchbox membuatkan jenama itu - Matchbox - sering digunakan umum untuk merujuk kepada kereta mainan diecast bersaiz kecil walaupun ia berjenama lain.

BACA >>> #Videotomotif: Kompilasi Aksi ‘Stunt’ Kereta Hot Wheels Yang Mendebar Jiwa

LEWAT MUNCUL, TAPI JADI FENOMENA

Harry Bentley Bradley (kanan) bersama isteri pada 1954
Dodge Deora rekaan Bradley untuk Alexander Brothers

Hot Wheels cuma berada di pasaran pada 1968, iaitu kira-kira 15 tahun selepas kemunculan Matchbox. Hot Wheels diperkenalkan Mattel selepas ibu bapa mengadu syarikat itu tiada produk mainan untuk anak lelaki. Sebagai makluman, Mattel ialah syarikat sama yang menghasilkan mainan patung Barbie untuk kanak-kanak perempuan sejak 1959. Kemunculan Hot Wheels pantas mencetuskan fenomena baru di kalangan kanak-kanak AS.

Segalanya bermula apabila Mattel melantik Harry Bentley Bradley pada 1966 sebagai pereka rasmi Hot Wheels. Berbanding Matchbox yang menghasilkan model miniatur berasaskan kereta dunia sebenar, Hot Wheels pula lebih menumpukan kepada pembuatan kereta konsep dan hot rod yang bertepatan dengan jiwa Amerika.

Sebelum menyertai Hot Wheels, Bradley ialah pereka General Motors (GM) dan pernah menjadi pereka sambilan kepada artis muzik terkenal AS, Alexander Brothers untuk merekabentuk kereta persembahan, Dodge Deora milik penyanyi dua beradik itu.

BACA >>> Lelaki Ini Miliki Lebih 3,500 Kereta Mainan Hot Wheels, Termasuk Paling Jarang Di Dunia

DEBUT THE ORIGINAL SWEET 16

hot-wheels-the-original-sweet-16-1968
trek-lumba-hot-wheels

Debut Hot Wheels 1968 dinamakan 'The Original Sweet 16' dengan menampilkan 16 model kereta mainan diecast, di mana 11 daripadanya ialah rekaan Bradley. Antara model pertama daripada koleksi itu ialah Custom Camaro berwarna biru gelap, termasuk Dodge Deora milik Alexander Brothers yang sememangnya kereta konsep hasil idea asal Bradley.

red-line-series-hot-wheela-1
red-line-series-hot-wheela-2

Pengeluaran pertama itu - The Original Sweet 16 - juga adalah pengeluaran Red Line Series, di mana tepi tayar kereta mainan diletakkan strip merah. Sebagai tambahan kepada barisan kereta mainan diecast, Mattel turut menghasilkan set trek lumba yang dijual berasingan.

Walaupun melalui pelbagai proses kemas kini, trek original Hot Wheels kekal dalam warna kuning cerah hingga ke hari ini. Trek tersebut perlu dipasang untuk menjadi saiz litar berbentuk oblong dan bulat, dengan satu (atau dua) 'super chargers', seakan stesen pengecas atas trek yang berupa roda berputar dikuasakan bateri dan perlu dilepasi kereta. Stesen pengecas itu membolehkan kereta dapat terus bergerak atas trek.

SAINGAN SENGIT


Sejak itu - 1968 - Hot Wheels menjadi pesaing hebat kepada Matchbox dan menulis sejarah baru bagi kereta mainan diecast saiz kecil. Malah, kejayaan model 1968 turut mengukuhkan nama Hot Wheels pada tahun-tahun mendatang. Kini, Hot Wheels bukan saja menjadi mainan kanak-kanak, tetapi juga menjadi buruan golongan dewasa yang menjadikan kereta mainan diecast jenama itu sebagai koleksi peribadi, terutama keluaran edisi terhad.

Menarik mengenai hobi mengumpul kereta mainan Hot Wheels ialah kos yang tidak mahal berbanding hobi lain seperti mengumpul setem, syiling atau patung Barbie. Harga Hot Wheels di pasaran AS adalah sekitar AS$0.97 - AS$1.08 (RM4.35-RM4.85) dan ia tidak banyak berubah sejak hampir 40 tahun lamanya.

Di atas ini ialah iklan televisyen pertama Hot Wheels pada 1968. Jika, kanak-kanak dalam iklan itu berumur 6 tahun pada 1968, maka tahun ini - 2016 - umurnya sudah mencecah 54 tahun dan kini mungkin giliran cucunya pula bermain Hot Wheels. Ia seakan sudah menjadi satu tradisi bagi keluarga di AS yang mana mereka saling berkongsi sejarah, minat dan cerita yang sama walaupun datang daripada generasi berbeza.

Bagaimana pula kita di Malaysia? Adakah anda ada berkongsi hobi serupa bersama bapa atau datuk anda?

BACA >>> Camaro Edisi Khas Sempena Rai Ulang Tahun Chevrolet-Hot Wheels yang ke-50

SUMBER: Wikipedia | Road and Track

Related

697
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Alexander Brothers, autotainment, Harry Bentley Bradley, Hobi, Hot Wheels, kereta mainan diecast, kereta mainan kecil, Matchbox, Mattel, Retro Auto, sejarah Hot Wheels

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev