Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda XRM 125 (2021) Lancar di Filipina, Harga Mula RM5.7k
Roda2

Honda XRM 125 (2021) Lancar di Filipina, Harga Mula RM5.7k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL underbone atau kapcai mencapai zaman kemuncak di Filipina pada milenia. Ramai mendakwa trend itu dimulakan dengan pengenalan Honda XRM 110 yang mendapat sokongan kuat pembeli disebabkan beberapa faktor seperti mudah kustom, gaya minimalis, dan sesuai untuk kegunaan atas jalan raya biasa atau off-road ringan, serta realibel.

Honda Filipina meneruskan kelangsungan model tersebut sejak dua dekad lalu dengan memperkenalkan beberapa model naik taraf. Terkini, pengeluar itu melancarkan model baharu XRM 125 dalam tiga varian: Motard, DSX dan DS (varian aras mula).

Berikut pembaharuan diperkenalkan:

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 125cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api berkuasa 9.54hp @ 7,500rpm dan tork 9.55Nm @ 6,500rpm serta dipadankan transmisi manual 4-kelajuan.
  • Sistem transmisi ditala semula memberikan daya pecutan lebih baik ketika menunggang pada kelajuan rendah atau melayan selekoh.
  • Lampu depan mengambil ilham model scrambler ringan CRF 150L dan CRF 300L, manakala panel meter kini jenis LCD digital penuh.

  • Menampilkan grafik badan baharu, dan ada tambahan kowl bawah enjin sebagai plat pelindung.
  • Sistem henti dipertingkat kepada brek cakera pada kedua-dua roda untuk Motard dan DSX. Varian DS masih menggunakan brek dram pada roda belakang.
  • Menggunakan fork teleskopik dan dwi-absorber, tetapi reviu tunggang uji mendakwa kurang selesa untuk tunggangan solo.
  • Saiz tangki minyak 3.9 liter, dan isian penuh mampu pergi sejauh 65.4km.

  • Rim sport lima bilah ditawarkan bersama varian Motard, manakala DSX dan DS menggunakan rim jejari standard. Gad tangan hanya untuk model DS.
  • Varian tertinggi Motard menggunakan tayar 70/90 di depan dan 80/90 (belakang). DSX dan DS menggunakan tayar 2.50 untuk roda depan dan belakang 2.50, manakala saiz rim semua varian kekal 17 inci.
  • Berat XRM 125 berbeza mengikut varian 106kg untuk Motard, DSX (104kg) dan DS (102kg). Jarak roda semua varian ialah 1,239mm.
  • Ketinggian pelana varian Motard ialah 774mm dengan jarak lega bumi 144mm, manakala dua varian lain ada tambahan 1mm (pelana – 775mm) (kelegaan bumi – 145mm).

  • Dimensi (tinggi x lebar x panjang) berbeza mengikut varian:
    • Motard: 1,927mm x 817mm x 1,045mm
    • DSX: 1,933mm x 817mm x 1,049mm
    • DS: 1,933mm x 833mm x 1,049mm
  • Harga dan warna:
    • Motard: 73,600 peso (RM6,237) – Fighting Red (merah).
    • DSX: 71,400 peso (RM6,050) – Black (hitam).
    • DS: 67,900 peso – (RM5,753) Dark Green (hijau), Fighting Red (merah), Ceramic Gray (kelabu) dan Aura Blue (biru).
Honda Filipina 125cc Honda XRM 125 Underbone 125cc XRM (2021) XRM 125 Motard XRM DS 125 XRM DSX 125
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.