Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
Roda2

Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam14/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Transalp 750 SP Special Edition

HONDA Motorcycles memperkenalkan motosikal advencer edisi khas, XL750 Transalp SP untuk pasaran Britain, yang menampilkan sentuhan retro bagi membezakan model itu daripada varian standard.

Ditawarkan pada harga £10,499 (RM57,460), model SP itu hadir dalam transmisi manual sahaja dan dibina berasaskan rekabentuk model 2025 yang sedang dalam penamatan kitaran pengeluaran. Penghantaran dijadual bermula Januari 2026, dengan unit ditawarkan selagi stok masih ada.

Perubahan Kosmetik, Prestasi Kekal

Honda Transalp 750 SP Special Edition
Honda Transalp 750 SP Special Edition

Edisi SP menumpukan perubahan kosmetik, termasuk pelekat vinil tema retro dengan elemen merah dan ungu atas warna asas putih, serta logo SP bawah tangki petrol 16.9 liter.

Rim jejari turut menerima kemasan frem emas, manakala rekaan grafik khas diteruskan hingga madgad depan.

Aksesori Tambahan

Honda Transalp 750 SP Special Edition

Model ini juga dipertingkat dengan pelbagai aksesori rasmi Honda seperti kowl enjin besar, bar rempuh (crash bar) yang melindungsi hadapan, dan pelindung bawah enjin (bash plate) sebagai perlindungan ketika menunggang di laluan mencabar.

Selebihnya, spesifikasi mekanikal kekal sama seperti Transalp 2025 dengan enjin dwi-silinder 755cc Parallel-Twin yang dikenali dengan keseimbangan kuasa dan kecekapan.

Model Baharu Akan Datang

Kemunculan edisi SP itu dapat membantu penjual menghabiskan stok sebelum ketibaan model Transalp versi kemas kini, seperti didedahkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2025, baru-baru ini.

Antara peningkatan utama model baharu itu adalah pengenalan varian klac elektronik E-Clutch, iaitu ciri yang membolehkan penunggang berhenti dan bergerak tanpa perlu menarik tuil klac. Teknologi itu turut digunakan pada Honda CB750 Hornet, yang berkongsi platform enjin sama dengan Transalp.

SUMBER: Motorcyclenews.com

adventure bike Honda Motorcycles Honda XL750 Transalp SP motosikal advencer roda2
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.