Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda X-ADV Special Edition (2024) untuk Eropah dengan Warna Baharu Merah, Kelabu!
Roda2

Honda X-ADV Special Edition (2024) untuk Eropah dengan Warna Baharu Merah, Kelabu!

Abang HirataBy Abang Hirata26/07/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPUTUSAN Honda mengeluarkan X-ADV adalah satu strategi pintar yang mana model itu hadir dengan konsep unik sebagai skuter advancer dan dilepaskan berenang di ‘laut biru’.

Selain rekabentuk unik, Honda X-ADV juga canggih dengan transmisi dual-klac (DCT) dan pelbagai teknologi moden lain.

Honda terus memanfaatkan nama dan konsep yang sudah diyakini dengan memperkenalkan Honda ADV 150 sebelum digantikan ADV 160, ADV 350 dan khabarnya ada sebuah lagi ADV baharu bakal dilancarkan.

Terbaharu untuk model 2024, Honda memperkenalkan dua edisi istimewa pasaran Eropah, iaitu Honda X-ADV Grand Prix Red Special Edition dan Honda X-ADV Iridium Gray Metallic Special Edition.

Sebagai rujukan, Boon Siew Honda (BSH) pada Februari lalu memperkenalkan Honda X-ADV Shasta White (foto atas kiri) bagi menggantikan warna Grand Prix Red (merah).

Menariknya, skuter putih itu mempunyai warna dan grafik badan seperti Honda X-ADV Grand Prix Red Special Edition (foto atas kanan), cuma tidak diberi nama Special Edition.

Berikut Susunan Warna Honda X-ADV Eropah vs Malaysia

Eropah
Grand Prix Red Special Edition
Iridium Gray Metallic Special Edition
Puco Blue dengan Graphite Black
  1. Honda X-ADV Grand Prix Red Special Edition – Baharu
  2. Honda X-ADV Iridium Gray Metallic Special Edition – Baharu
  3. Honda X-ADV Puco Blue dengan trim Graphite Black – Baharu
  4. Honda X-ADV Mat Ballistic Black Metallic dengan trim Graphite Black – sedia ada
Malaysia
  1. Honda X-ADV Shasta White – Baharu
  2. Honda X-ADV Mat Ballistic Black Metallic – sedia ada
  3. Honda X-ADV Pearl Deep Mud Gray – sedia ada

Trenkuasa

Honda X-ADV versi Eropah kekal dengan enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 745cc SOHC penyejukan cecair.

Enjin dengan nisbah mampatan 10.7:1 dan sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI itu menghasilkan output kuasa 57.8hp @ 6,750rpm, dan tork 69Nm @ 4,750 rpm.

Sebagai skuter advencer, Honda membekalkan tangki petrol dengan kapasiti 13.2 liter dengan kadar penggunaan petrol 27.8km per liter (mengikut mod WMTC), dan boleh dipandu hingga 366km dengan setangki minyak penuh.

Seperti dinyatakan, Honda X-ADV canggih dengan transmisi DCT 6-kelajuan jenis dua klac basah hidraulik multiplat yang memacu roda belakang menggunakan rantai.

Casis dan Suspensi

Honda X-ADV menggunakan frem berlian (diamond) daripada keluli dengan berat 236kg. Skuter ini memiliki tinggi pelana 820mm dengan jarak tinggi bumi 165mm.

Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) dengan travel 41mm dan jarak paksi 137mm di depan, dan monoshock yanh diupautkan swingarm Pro-Link, dan jarak paksi 150mm di belakang.

Roda dan Brek

Mengharungi laluan mencabar, Honda membekalkan tayar jenis blok saiz 120/70 R17 (depan) dan 160/60 R15 (belakang).

Tugasan henti diserahkan kepada brek dwi-cakera 296mm dengan kaliper brek 4-piston di depan, dan cakera tunggal 240mm  dengan kaliper piston tunggal di belakang. Skuter ini turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Sistem Elektronik

Sistem Throttle By Wire (TBW) menawarkan empat mod tunggang untuk dipilih dan satu mod kustom mengikut tetapan penunggang.

  • Standard: Keseimbangan di antara penghantaran kuasa, pembrekan enjin dan intervensi Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan tahap ABS paling kuat.
  • Sport: Penghantaran kuasa enjin dan pembrekan enjin lebih agresif, intervensi HSTC tahap rendah dan ABS tinggi.
  • Rain: Kuasa enjin dan pembrekan enjin rendah, input HSTC dan ABS tinggi.
  • Gravel: Kuasa enjin dan pembrekan enjin tinggi dengan HSTC dan ABS tahap rendah.
  • User: Tetapan kuasa enjin dan pembrekan enjin mengikut pilihan peribadi (rendah/sederhana/tinggi) dan HSTC (rendah/sederhana/tinggi/padam).

HSTC mempunyai tiga tahap berikut:

  • Tahap 1: Intervensi minimum untuk gelinciran roda belakang di laluan berbatu atau bertanah.
  • Tahap 2: Tetapan standard untuk tunggangan biasa.
  • Tahap 3: Kawalan maksimum di laluan licin

Jika tidak diperlukan, penunggang boleh memadamkan fungsi HSTC.

Honda X-ADV Grand Prix Red Special Edition (2024)
Grand Prix Red Special Edition
Honda X-ADV Iridium Gray Metallic Special Edition (2024)
Iridium Gray Metallic Special Edition
Honda X-ADV Puco Blue denagn trim Graphite Black (2024)
Puco Blue dengan Graphite Black
Honda X-ADV (2024)
Honda Honda X-ADV Honda X-ADV Grand Prix Red Special Edition Honda X-ADV Iridium Gray Metallic Special Edition Honda X-ADV Puco Blue
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.