Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Wave RSX Fi 110 (2020) Tanpa Suis Lampu Lancar di Vietnam, Harga Mula RM3.8k
Roda2

Honda Wave RSX Fi 110 (2020) Tanpa Suis Lampu Lancar di Vietnam, Harga Mula RM3.8k

AryonBy Aryon04/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vietnam memperkenalkan Wave RSX Fi 110 (2020) baharu yang didatangkan dengan seragam baharu dan tanpa suis lampu, sama seperti model Honda baharu lain. Ini bermakna lampu utama terpasang automatik sebaik saja enjin dihidupkan.

Secara keseluruhan, tidak banyak perubahan ditampilkan Wave RSX Fi 110 (2020) berbanding model terdahulu. Seragam baharu kali ini tampil lebih sporty menerusi rekaan grafik tajam, dan kelihatan perkataan ‘Sport’ tertera pada fairing dengan kombinasi warna lebih meriah. Logo RSX kini dalam tiga dimensi (3D) yang lebih memikat mata memandang.

BACA >>> Honda Wave Alpha (2020) Vietnam Kini dengan Lampu Nyala Automatik Tanpa Suis

Selain suis lampu yang ditiadakan, ciri khas lain dimiliki kapcai bajet ini ialah kunci elektrik 4-dalam-1, terdiri daripada kunci magnetik, kunci leher dan kunci pelana. Walaupun tidak semoden kunci pintar, sistem kunci  ini mudah digunakan majoriti penunggang. Ruang storan bawah pelana mampu memuatkan barangan kecil dan helmet saiz penuh.

Aspek mekanikal tidak berubah, dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.6hp @ 8,600rpm dan tork 8.7Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi jenis rotari 4-kelajuan.

Wave RSX Fi 110 (2020) baharu ini akan berada di pasaran Vietnam pada 16 November ini pada harga 24.69 juta dong (RM4,420) untuk varian brek cakera dan rim sport, dan 22.69 juta dong (RM4,060) untuk brek cakera dan rim jejari, manakala 21.69 juta dong (RM3,880) untuk brek dram dan rim jejari.

Atas jalan, model ini akan bersaing dengan  Yamaha Sirius Fi, berharga 20.34 juta (RM3,640) – 23.69 juta (RM4,240).

BACA >>> Kapcai Bajet Aveta Ranger 110 Bakal Lancar Bulan Depan, Harga RM3.5k Sahaja!

Auto Terkini Honda Vietnam Honda Wave RSX 110 Fi Kapcai kapcai bajet roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.