NAMPAKNYA Boon Siew Honda terus mengganas apabila memperkenalkan Honda Wave Dash Fi facelift dengan penampilan lebih agresif dan terkini.
Bukan saja hadir dengan penampilan baharu, Honda Wave Dash Fi facelift turut menawarkan penjimatan bahan api lebih baik. Ia mampu bergerak sejauh 61.1km/L berbanding 58.7km/L bagi model terdahulu.
Hadir dalam tiga varian iaitu edisi S Type, R Type dan Repsol, model kapcai ini dijual pada harga bermula RM5,860 hingga RM6,337.
HARGA
- Honda Wave Dash Fi facelift S Type - RM5,860.74
- Honda Wave Dash Fi facelift R Type - RM6,178.74
- Honda Wave Dash Fi facelift Repsol - RM6,337.74
* Kesemua varian dijual termasuk GST tanpa cukai jalan, insurans dan perdaftaran
3 WARNA MENARIK
- Biru
- Hitam
- Merah
BACA >>> Maaf, Honda CBR250RR Tak Jadi Masuk Malaysia Tahun Ini
JAMINAN
- Dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu)
ENJIN LEBIH BERKUASA
Dari aspek mekanikal, ia ditala untuk menjadi lebih berkuasa. Honda Wave Dash Fi facelift dipadankan enjin 109.7cc 4-lejang bersama sistem suntikan bahan api PGM-FI. Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 8.6hp (sebelum ini 8.38hp) pada 7,500rpm dan tork 11.61Nm (sebelum ini 8.42Nm).
BACA >>> Honda Wave Alpha MMC (2017) Mahu Terus Kuasai Pasaran Moped Kecil
Adakah yang edisi repsol ada bagi barang racing boy seperti yang ditunjukan dalam gambar berikut?
Ya, boleh request dan semua itu optional
model r-type dgn repsol siap dgn aksesori racingboy?
Itu optional. Boleh request.
bwk laju ada gegar tak di bahagian handle dan firing. berdasarkan pengalaman yg guna wave 110 handle gegar.. kebas tangan semasa bwk..
Klo sprokeT besar sangat memang gegar..
Honda cover set very nice ..sporty
coverset yg baru ni boleh masuk kat model lama tak?
Honda dash Fi facelift Repsol ni berapa cc ya? 125 ke 110... Mcm mana nak bezakan?
Coverset v3 boleh pnp ke v2 ke?