WAKIL pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) baru-baru ini rasmi memperkenalkan Honda Vario 125 Street 2026 baharu, sekali gus menandakan kemunculan sulung skuter tersebut di pasaran Malaysia.
Model itu ditayangkan awal secara eksklusif kepada media menerusi ruang pengalaman pop up (pop-up experience store) khas berkonsep budaya urban jalanan, dan gaya hidup anak muda.
‘Ini Era Vario Aku’
Acara bertemakan “Ini Era Vario Aku” itu membawa aura golongan muda, lengkap dengan muzik tempatan daripada DJ, kopi percuma, paparan lampu neon dan kolaborasi artis tempatan.
Pop-up itu dibuka kepada umum pada 10 dan 11 April 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, yang menjadi lokasi wajib singgah untuk peminat skuter dan pencipta kandungan.
Kolaborasi Eksklusif Bersama Katun
Antara tarikan utama adalah kolaborasi bersama artis graffiti tempatan terkenal, Katun yang menghasilkan rekaan khas set badan (cover set) untuk Honda Vario 125 Street 2026.
Set eksklusif tersebut dipamerkan sepanjang acara, yang menampilkan interpretasi gaya hidup urban, cool dan jiwa muda yang sangat kena dengan identiti model baharu itu.
Rekabentuk Lebih Street, Hip
Dari segi penampilan, Honda Vario 125 Street 2026 tampil dengan gaya lebih agresif menerusi bar hendal terdedah (naked handlebar) dan panel meter digital jenis apung berasingan, diilhamkan daripada skuter advencer.
Ia turut mengekalkan identiti depan bentuk-V, yang kini dalam rupa lebih sporty, lengkap dengan lampu LED penuh untuk lampu utana, lampu belakang dan lampu signal belok.
Enjin 125cc eSP Berkuasa 11,4hp, Tork 11.9Nm
Skuter itu dijana enjin 125cc penyejukan cecair dengan teknologi eSP (Enhanced Smart Power) yang menghasilkan output kuasa 8.5kW (11.4hp) @ 8,500rpm dan tork 11.9Nm @ 5,000rpm.
Mesra Bandar, Teknologi Praktikal
Honda Vario 125 Street 2026 turut dilengkapi sistem henti lahu (ISS), sistem kunci pintar (Honda Smart Key), ruang simpanan bawah pelana 18 liter, dan sistem brek kombi (CBS) untuk keyakinan membrek.
Ciri itu menjadikan skuter berkenaan menjadi pilihan ideal untuk kegunaan harian dan ulang-alik dalam trafik bandar.
Harga, Warna

Honda menawarkan dua warna pilihan, iaitu Purple (ungu) dan White (putih), pzcz harga jualan RM7,468, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Model itu akan mula berada di semua Honda Impian X dan pengedar sah bermula Mei 2026, dengan waranti pengilang dua [2] tahun atau 20,000km.

















































