Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Vario 125 (2023) Lancar Ahad Ini (12 Mac), Harga RM6.8k?
Auto Terkini

Honda Vario 125 (2023) Lancar Ahad Ini (12 Mac), Harga RM6.8k?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize07/03/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BARU-BARU ini kami menulis artikel mengenai Boon Siew Honda (BSH) mungkin membawa masuk Honda Vario 125 ke pasaran Malaysia. Hari ini, sumber kami memaklumkan skuter itu bakal dilancarkan 12 Mac ini (Ahad)!

Bagaimanapun, harga Honda Vario 125 (2023) itu masih tidak didedahkan. Namun berdasarkan pasaran negara jiran seperti Indonesia, skuter itu dijual dalam tiga varian pada harga:

  • CBS: Rp22.35 juta (RM6,815)
  • CBS-ISS: Rp24 juta (RM7,319)
  • CBS-ISS SP: Rp24.25 juta (RM7,395)

* Harga atas jalan, Jakarta.

Pelancaran Vario 125 (2023) sangat diperlukan supaya Honda dapat bersaing dengan Yamaha dengan Ego Avantiz 125 (foto atas) yang popular sejak dilancarkan pada 2016. Buktinya, Yamaha Ego Avantiz 125 masih kekal relevan di pasaran tempatan hingga sekarang.

Sebabnya, walaupun skuter maksi yang kebanyakannya berkapasiti 155cc ke. atas semakin mendapat tempat di Malaysia, tetapi permintaan terhadap skuter enjin kecil juga masih tinggi.

Tambahan lagi, skuter 125cc masih praktikal untuk digunakan sebagai motosikal harian, terutama kalangan penunggang wanita, individu bertubuh kecil, atau tidak mahu membawa motosikal/skuter besar dan berat. Malah, kos penyelenggaraan skuter kecil lebih murah.

Berikut spesifikasi Honda Vario 125 versi Indonesia:

Trenkuasa Honda Vario 125

  • Trenkuasa 4-lejang eSP 124.8cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 11hp @ 8,500rpm dan tork 10.8Nm @ 5,000rpm.

Perincian Honda Vario 125

  • Menampilkan rekaan liveri lebih moden dengan lima pilihan warna menarik. Rekabentuk badan menerima penambahbaikan pada bahagian fairing sisi depan untuk menyerlahkan gaya sporty.
  • Menggunakan lampu LED pada lampu depan, lampu belakang lampu siang (DRL), dan lampu signal belok.
  • Rim 14 inci rekaan baharu mirip Vario 150.
  • Rim varian CBS-ISS SP mendapat warna Matte Dark Bronze (tembaga kusam).
  • Saiz tayar dipertingkat 90/80 (depan) dan 100/80 (belakang).
  • Ada port pengecas USB dalam kotak konsol.
  • Sistem penghidup tanpa kunci (keyless) menggunakan Sistem Kunci Pintar Honda untuk varian CBS-ISS dan CBS-ISS SP.
  • Kapasiti tangki minyak 5.5 liter dengan jarak tunggangan 51.7km per seliter petrol.

Persoalannya, berapakan harga patut diletakkan BSH pada Honda Vario 125 (2023) ini?

BACA >>> Honda Vario 125 Bakal Masuk Malaysia? 
BACA >>> AHM Lancar Skuter Honda Vario 125 Versi Dipertingkat, Harga Mula RM6.8k!

Auto Terkini Bonn Siew Honda (BSH) Ego Avantiz Honda Lancar Malaysia roda2 skuter Vario 125
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.