Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Tayang StepWGN (2022) Serba Baharu yang Masih Gaya Kotak!
Roda4

Honda Tayang StepWGN (2022) Serba Baharu yang Masih Gaya Kotak!

Abang HirataBy Abang Hirata14/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA pendapat mendakwa rekabentuk kenderaan berkotak tidak lagi digemari pengguna tempatan perlu dinilai semula. Hakikatnya, kenderaan sebegitu tidak putus ditawarkan di pasaran tempatan.

Contohnya, kita ada Perodua Kenari dan pelbagai model berkotak lain ditawarkan seperti Nissan Serena dan Mazda Biante, termasuk model rekon seperti Toyota Voxy dan Honda StepWGN.

BACA >>> Inilah 8 Sebab M̶a̶k̶w̶e̶ Orang Muda Boleh Jatuh Cinta dengan Honda City Hatchback!

Menariknya, USF-Hicom pernah membawa masuk unit baharu StepWGN generasi ketiga dari Jepun bersama Elysion. StepWGN yang berada di pasaran sekarang ialah model generasi kelima yang mula dikeluarkan sejak 2015.

Kini sudah tiba Honda mengumumkan StepWGN serba baharu yang akan ditayangkan pada 7 Januari 2022. Bersama pengumuman itu, Honda turut berkongsi lima foto STEPWGN baharu. Berikut apa yang dapat dihuraikan:

  • Dari sisi memang jelas perbezaan daripada model terdahulu dengan STEPWGN (2022) baharu membawakan garis badan lebih ringkas dan bersegi.
  • Agaknya beginilah trend rekabentuk kereta sekarang, tiada lagi garis dramatik atau alunan pada badan.
  • Selain itu, bonet juga nampak panjang dan bersegi berbanding gaya bonet curam dan bujur pada model terdahulu.

  • Mengenai trenkuasa, Honda hanya berkongi sedikit maklumat, iaitu akan ditawarkan dengan teknologi e:HEV yang merujuk kepada enjin hibrid. Maklumat sama juga menyatakan enjin petrol juga dikekalkan.
  • Sebagai rujukan, StepWGN di pasaran sekarang ditawarkan dalam dua pilihan enjin: 1.5L VTEC Turbo dan 2.0L i-VTEC + i-MMD.
  • Mengenai varian, ada dua pilihan utama: StepWGN Air dan StepWGN Spada selain jenis Welfare dengan kerusi angkat tepi dan akses kerusi roda.
  • Di pasaran tempatan, segmen MPV saiz sederhana memang wujud ada kekosongan dan sedang diisi Serena selepas ketiadaan Biante, Mazda5 dan Peugeot 5008 T8.

Mungkinkah Honda Malaysia akan membawa masuk StepWGN (2022) serba baharu? Supaya lebih kompetitif, model itu perlu dipasang di negara yang menawarkan seperti Serena. Di Jepun, StepWGN generasi kelima (2020) dijual pada harga bermula 2,714,800 yen (RM100,640) hingga 4,449,500 yen (RM164,940).

BACA >>> Honda AWV – Kereta Comel, Lasak Tanpa Pemandu untuk Kerja Berat di Tapak Pembinaan 
BACA >>> #BikinKereta: Jentera Lumba Civic Si Ini Sentuhan Divisyen Permotoran Honda Amerika
BACA >>> Honda Passport TrailSport (2022) – SUV Lasak Khas untuk Orang Amerika!

Honda STEPWGN 2022
Honda STEPWGN 2020
Honda Honda Step WGN Honda StepWGN Honda StepWGN (2022) MPV Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.