Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Riding Assist-e Mampu Elak Penunggang Jatuh Motor, Boleh Seimbang Sendiri
Roda2

Honda Riding Assist-e Mampu Elak Penunggang Jatuh Motor, Boleh Seimbang Sendiri

AryonBy Aryon19/04/20182 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FIZIKAL motosikal yang berdiri dan bergerak atas dua roda memerlukan si penunggang memahirkan diri dalam menyeimbangkan badan dan berat jentera. Situasi tersebut bukanlah masalah besar bagi penunggang pengalaman yang sudah menunggang beribu-ribu kilometer perjalanan. Namun tidak bagi golongan penunggang tertentu yang melihat situasi itu sebagai satu permasalahan besar. 

Jangan risau Honda memang kini sedia mengatasi masalah tersebut dengan membangunkan motosikal konsep elektrik baharu dengan teknologi ‘Riding Assist-e‘ yang akan dipamerkan sempena Pameran Motor Tokyo 2017 ini. Teknologi baharu tersebut akan menampilkan ciri seimbang-sendiri yang direka untuk mengekalkan posisi tegak motosikal dalam kelajuan sangat rendah, dan pastinya akan memberi banyak manfaat kepada penunggang baru, warga emas dan golongan kurang upaya (OKU).

Berdasarkan imej diberikan, motor elektrik diletakkan di bawah pelana berbanding hab belakang dengan lengan ayun bersaiz besar. Pek bateri dan giroskopik untuk fungsi seimbang-sendiri dipusatkan di bawah dalam tiub casis

Tautan monoshock belakang diletakkan rendah, cuma di hadapan roda belakang. Brek cakera tunggal dimuatkan pada setiap roda, dan fork konvensional dipasangkan tambahan peranti segitiga pada slider, yang mungkin berfungsi sebagai mekanisme anti-junam. Fork juga dipasangkan dengan set travel atau tiub fork yang lebih pendek

Foto panel instrumen menunjukkan spidometer digital dalam kilometer per jam (kmj), dan bacaan darjah (°). Juga dipaparkan indikator sudut condong sebagai ciri automasi yang akan aktif/nyahaktif sendiri dalam kelajuan tertentu.

Mode 4 mungkin menunjukkan kondisi motor dengan banyak tetapan kuasa, atau penunggang mungkin juga boleh memilih 4 tahap ‘bantuan’. Bagaimanapun, huruf W.H.O di penjuru atas kanan masih kekal misteri. Boleh jadi juga singkatan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)? 😛

Apapun, segala penjelasan di atas sekadar tekaan berasaskan foto rasmi motosikal konsep, Honda Riding Assist-e yang disiarkan kepada media. Segala perincian dan persoalan akan terjawab bulan hadapan sebaik saja berlangsung Pameran Motor Tokyo 2017.

Paling ditunggu sudah tentu trenkuasa yang bakal digunakan, termasuk rancangan Honda menggunakan platform berkenaan dalam industri permotoran sedia ada. Ini kerana kombinasi hukum fizik antara giroskopik dan girostatik dalam jentera dua roda adalah satu inovasi hebat.

Honda Honda Riding Assist-e motosikal motosikal konsep Pameran Motor Tokyo 2017 roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.