Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Rebel 500 2025 Masuk Jepun dengan Hendal dan Material Pelana Baharu, Harga RM26k
Roda2

Honda Rebel 500 2025 Masuk Jepun dengan Hendal dan Material Pelana Baharu, Harga RM26k

Abang HirataBy Abang Hirata06/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Rebel adalah satu lagi siri motosikal berjaya dari Honda yang juga bukan baharu kerana bermula daripada siri cruiser lebih empat dekad lalu.

Dalam siri CM dengan pelbagai sesaran enjin sekecil 125cc hingga CMX atau Rebel 250, 300, 500 dan 1,100 hari ini. Satu lagi, Honda Rebel turut popular sebagai objek kustom yang mampu menghilangkan rekabentuk asal kecuali casis.

Bermula 20 Februari ini, pelanggan di Jepun dapat merasai Honda Rebel 500 2025 dengan beberapa perubahan. Model tersebut tampil dengan perubahan bagi mengoptimum posisi hendal, manakala material dalam pelana ditukar untuk meningkatkan keselesaaan.

Kad tol ETC terbina dalam (tanpa kotak aksesori) dijual pada harga 47,960  yen (RM1,390) dan pelanggan boleh menggunakan  atau membayar grip hendal dengan ciri pemanas pada harga 23,000 yen (RM670) (tidak termasuk pemasangan).

Di sebalik perubahan itu, Honda Rebel 500 terkecuali daripada dipasang sistem E-Clutch yang sebelum ini diperkenal pada CBR650R dan CB6650R yang sudahpun memasuki pasaran tempatan pada Januari tahun ini.

Ada dua warna ditawarkan, iaitu Gunmetal Black Metallic (hitam) dan Classical White (putih). Honda Rebel 500 2025 dijual di Jepun pada harga 924,000 yen (RM26,830) dengan sasaran jualan 800 unit setahun.

Ciri Honda Rebel 500 2025 Jepun

Dimensi
  • Memiliki dimensi panjang 2,205mm, lebar 810mm, dan tinggi 1,090mm
  • Jarak roda 1,490mm
  • Jarak tinggi bumi 125mm
  • Tinggi pelana 690mm
  • Berat 191kg
Enjin dan Transmisi
  • Dijana enjin PC60E 4-lejang 4-injap dwi-silinder sebaris 471cc DOHC penyejukan cecair
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (ASC)
  • Output kuasa 46ps (44hp) @ 8,500rpm, dan tork 43Nm @ 6,000rpm
  • Diameter gerek 67.0mm x lejang 66.8mm
  • Nisbah mmmpatan 10:7
  • Kapasiti tangki petrol 11 liter
Suspensi dan Brek
  • Fork teleskopik di depan dan monoshock dengan swingarm di belakang: Jenis lengan ayun
  • Brek cakera hidraulik di depan dan belakang dengan dilengkapi  Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Roda dan Tayar
  • Rim 16 inci dengan tayar 130/90-16M/C 67H di depan, dan rim 16 inci dengan tayar 150/80-16M/C 71H
Casis
  • Berlian (Diamond)
cruiser Honda honda motor Honda Motor Co. Ltd Honda Rebel Honda Rebel 500 roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    13/03/2026
    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.