• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Perkenal Tiga Skuter Elektrik Boleh Kayuh di China, Kelajuan Maksimum 25kmj

Honda Perkenal Tiga Skuter Elektrik Boleh Kayuh di China, Kelajuan Maksimum 25kmj

January 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA bakal menawarkan tiga model mobiliti elektrik dua roda mirip skuter (atau basikal?) di China, iaitu Honda Cub e:, Dax e: dan Zoomer e:.

Pengumuman mengenai model mobiliti elektrik itu dibuat dalam sesi pembentangan atas talian di Shanghai yang mensasarkan pengguna muda Negara Tembok Besar itu.

KATEGORI MOTOSIKAL ELEKTRIK CHINA

Di China, motosikal elektrik terbahagi kepada tiga kategori utama, iaitu:

  • Kategori EB  (basikal elektrik): Kelajuan maksimum 25kmj atau lebih rendah
  • Kategori EM (moped elektrik): Kelajuan maksimum 26kmj hingga 50kmj
  • Kategori EV (kenderaan elektrik): Kelajuan maksimum 51kmj atau lebih

PERINCIAN

  • Honda Cub e:, Honda Dax e: dan Honda Zoomer e: tergolong dalam kategori EB (basikal elektrik).
  • Motosikal elektrik itu akan menggunakan jenama Honda e dan sebagai model EB3 di bawah tema 'Electric Evolution, Colorful Future'.
  • Mensasarkan pengguna Gen Z di China sebagai kenderaan pengangkutan, ekspresi diri dan gaya hidup.
  • Tiga model itu juga menjadi sebahagian rancangan Honda memperkenalkan 10 motosikal elektrik global menjelang 2025.
Honda Cub e:

  • Memiliki rekabentuk seperti super cub atau kapcai.
  • Ada pedal untuk mengayuh dan menggunakan sistem rantai.
  • Brek cakera untuk roda depan, dan dram di belakang.
  • Lampu depan jenis projektor dan ada lampu signal belok.
  • Pelana tunggal.
Honda Dax e:

  • Dibangunkan berasakan frem Dax dengan pek bateri dipasang menegak.
  • Menggunakan sistem brek kombi (cakera di depan, dan dram di belakang).
  • Ada pengayuh dan pelana tunggal.
Honda Zoomer e:

  • Menggunakan lampu depan bulat kembar.
  • Sistem brek cakera tunggal di depan dan dram di belakang.
  • Dipasangkan sistem suspensi absorber tunggal yang dipautkan pada swingarm.

Artikel Berkaitan

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: basikal elektrik, Dax e:, Honda China, Honda Cub e:, roda2, skuter basikal elektrik Honda, Zoomer e:

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my