• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Perkenal 2 Motosikal Elektrik Di Indonesia, CUV e: dan ICON e:, Rancang Pengeluaran Di Sana

Honda Perkenal 2 Motosikal Elektrik Di Indonesia, CUV e: dan ICON e:, Rancang Pengeluaran Di Sana

October 10, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DI KALA pengeluar lain memperkenal kenderaan elektrik (EV) empat tayar, Honda tampil dengan EV dua roda iaitu CUV e: dan ICON e:. Kedua-duanya mewakili model ke-10 dan ke-11 Honda yang merancang untuk memperkenal 30 model elektrik di serata dunia menjelang 2030.

Satu yang menarik ialah Honda merancang untuk mengeluarkan kedua-dua model di Indonesia dan akan dikembangkan di lokasi lain di dunia.

Honda CUV e:

CUV e: tampil dengan rekaan menarik. CUV e: setara model 110 cc dan dikuasakan dua unit bateri boleh ganti Honda Mobile Power Pack e:.

Model ini terjemahan kepada SC e: Concept yang diperkenal buat pertama kali di Japan Mobility Show 2023.

Akronim CUV e: asalnya daripada CUV ES (Clean Urban Vehicle Electric Scooter) iaitu skuter elektrik pertama yang ditawarkan secara pajakan-jualan oleh Honda pada 1994.

CUV e: dibangunkan dengan konsep sama seperti CUV ES iaitu skuter elektrik yang memudahkan pengangkutan untuk ramai pengguna di bandar.

CUV e: mempunyai tiga mod tunggangan iaitu Standard, Sport dan Econ dan turut dilengkapi mod mengundur.

Model yang dilengkapi Honda RoadSync Duo® pula membolehkan pengguna membuat panggilan telefon dan menggunakan navigasi dengan menghubungkan motosikal bersama telefon pintar melalui Bluetooth®.

Honda ICON e:

Rekabentuk ICON e: ibarat skuter petrol Honda Icon yang langsing. ICON e: merupakan model baharu yang diasaskan dari EM1 e: dan gayaannya diubah untuk di Indonesia.

Model ini juga menggunakan Honda Mobile Power Pack e: dan bersamaan moped Class 1 di Jepun.

Komponen elektrik utama termasuk bateri telah ditukar. Sumber kuasa ICON e: ialah bateri litium-ion ternari (tiga) yang digunakan secara meluas di China dan boleh dicas pada motosikal atau berasingan.

Motor elektrik di dalam roda saiz (in-wheel motor) saiz kompak berada di dalam roda belakang dan unit kawalan kuasa mengawal output motor dengan cekap untuk jarak tunggangan lebih 50 kilometer bagi satu cas penuh.

Bawah pelana boleh memuatkan topi keledar dan ruang simpanan untuk barangan kecil. Ruang simpanan juga tersedia pada panel depan dan soket USB Jenis-A untuk pengecasan telefon pintar.

Skrin digital penuh memaparkan kelajuan, jam, tahap kuasa bateri dan pelbagai lagi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, Honda, Honda CUV e:, Honda ICON e:

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev