Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda PCX 125 (2021) Serba Baharu Lancar dengan Enjin Lebih Kuasa, Ciri Dipertingkat
Roda2

Honda PCX 125 (2021) Serba Baharu Lancar dengan Enjin Lebih Kuasa, Ciri Dipertingkat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA PCX 125 (2021) baru saja dilancarkan di Britain dengan menampilkan perubahan dari segi rekabentuk dan ciri yang lebih signifikan pada harga £3,049 (RM16,650).

Sejak dilancarkan pada 2010, Honda sudah menjual lebih 140,000 unit PCX 125 seluruh Eropah dan 36,000 unit datang daripada pembeli Britain, sekali gus menjadi model moped paling laris di negara itu.

Apakah perubahan istimewa ditawarkan PCX 125 (2021) buat pembeli UK dan Eropah?

BACA >>> #Spyshot: Honda PCX 150 4-Injap Dikesan Diuji di Thailand?
BACA >>> Brazil Lancar Honda PCX150 (2020), Guna Tayar Pirelli Diablo

  • Menampilkan lampu depan LED dan lampu belakang bentuk X dengan efek 3D.
  • Asas rekabentuk masih sama, cuma bahagian panel diperbaharui dengan visor hitam lebih tinggi berbanding model lama sebagai perlindungan dari terpaan angin.
  • Pelana direka semula untuk memudahkan jangkauan kaki dengan ketinggian sama 764mm. Ruang simpanan bawah pelana dipertingkat daripada 28 liter kepada 30.4 liter.
  • Ciri lain ialah soket USB-C pada kotak pemuka (glovebox) bagi menggantikan soket aksesori 12V.
  • Kini dilengkapkan Kunci Pintar Honda (HSK).
  • Trenkuasa dijana enjin 4-injap (dulu 2-injap) 4-lejang eSP+ silinder tunggal 125cc SOHC penyejukan air dengan teknologi suntikan bahan api elektronik PGM-FI berkuasa 12.3hp (dulu 12hp) @ 8,750rpm (dulu 8,500rpm) dan tork 11.8Nm @ 6,500rpm (dulu 5,000rpm)
  • Dimensi lejang dan gerek dikemas kini. Gerek lebih besar daripada 52.4mm kepada 53.5mm, manakala lejang lebih pendek daripada  57.9mm kepada 55.5mm.
  • Buat kali pertama dilengkapkan ciri Kawalan Traksi dan sistem henti-mula (idle-stop).
  • Geometri frem keluli diperbaharui dengan sudut stereng lebih curam 26° 30′ dan bukan 27°, manakala jarak roda lebih pendek dan trail dikurangkan.
  • Berat jentera kekal 130kg, tetapi rim 14-inci menerima tayar lebih besar 10mm berbanding model terdahulu, iaitu 110/70 14 (depan) dan 130/70 14 (belakang). Absorber belakang menerima tambahan travel 10mm.
  • Ada empat warna pilihan, iaitu kelabu, putih, merah atau hitam.

SUMBER: Bennetts

Honda Europe Honda PCX 125 roda2 skuter skuter maksi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.