• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Odyssey (2018) Versi Indonesia Tiada Honda Sensing, Cuma Bantuan Parkir Pintar

Honda Odyssey (2018) Versi Indonesia Tiada Honda Sensing, Cuma Bantuan Parkir Pintar

March 2, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia baru saja melancarkan Odyssey (2018) versi dikemas kini pada awal bulan lalu. Di Indonesia pula, wakil pengedar Honda di sana pun turut menerima kunjungan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sempena Ekspo Kenderaan Komersil Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIICOMVEC) 2018 atau dipanggil Gaikindo.

Penampilan luaran masih sama dengan versi diterima pasaran Malaysia. Penambahbaikan dilakukan pada gril, bampar dan rim 17-inci baharu, termasuk bahagian lampu kabus dan lampu belakang. Bagaimanapun, tiada ciri Honda Sensing dilengkapkan seperti versi Malaysia.

BACA >>> Honda Odyssey (2018) Kini dengan Honda Sensing, Harga RM254,800

Bagaimanapun, Odyssey (2018) dipasangkan Sistem Bantuan Parkir Pintar yang memudahkan operasi memarkir secara selari atau di lokasi sempit. Beberapa ciri standard lain ditawarkan ialah bantuan kamera multipandangan, monitor titik buta (BSD) dan amaran trafik lintas belakang (RCTA).

CIRI KESELAMATAN TERMAJU

Honda_odyssey_2018_indonesia2
Honda_odyssey_2018_indonesia3
Honda_odyssey_2018_indonesia4
Honda_odyssey_2018_indonesia7
Honda_odyssey_2018_indonesia8

Honda Odyssey (2018) dijana enjin 2.40L DOHC i-VTEC berkuasa 172hp pada 6,200rpm dan tork 225Nm (4,000rpm) dengan dipadankan transmisi CVT berserta mod Bantuan Eko dan ECON untuk membantu pemandu mencapai penjimatan bahan api lebih efisien.

Odyssey dilengkapi ciri keselamatan termaju seperti dengan 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA),  Sistem Batal Brek (Brake Override System), Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Adaptif Gerak, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Daki Bukit (HSA), Signal Henti Kecemasan (ESS), dan Lampu Belok Aktif (ACL).

Dengan segala ciri ditawarkan, Honda Prospect Motor (HPM) yakin MPV itu akan meneruskan kejayaan dengan jualan 3,800 unit sejak pertama kali dijual di Indonesia.

Artikel Berkaitan

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ekspo Kenderaan Komersil Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIICOMVEC), Gaikindo 2018, GIICOMVEC, Honda, Honda Odyssey (2018), Honda Prospect Motor, Indonesia, MPV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my