Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Odyssey (2018) Mula Dijual di Amerika, Komited Kekal Populariti Pasaran Minivan
Roda4

Honda Odyssey (2018) Mula Dijual di Amerika, Komited Kekal Populariti Pasaran Minivan

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Odyssey generasi kelima serba baharu kini dijual secara rasmi di semua bilik pameran Honda Amerika Syarikat (AS) dengan harga bermula AS$30,890 (RM132,101), termasuk caj destinasi AS$900 (RM3,848). Model baharu itu, yang melakukan debut di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara 2017 pada Januari lalu, bukan sekadar tampil luas seperti model generasi sebelumnya, tetapi turut memperkenalkan pelbagai ciri inovasi baharu.

Dikuasakan enjin V6 3.5L VTEC, Honda Odyssey (2018) dipadankan dengan pilihandua transmisi baharu: automatik 9-kelajuan untuk varian LX, EX, EX-L dan EX-L Navi Res, dan automatik 10-kelajuan bagi Touring dan Elite.

Kuasa dihasilkan mencatatkan 280hp dan tork 355Nm, iaitu peningkatan 30hp dan 16.2Nm berbanding model terdahulu, manakala penggunaan bahan api lebih cekap dengan rating EPA bagi pemanduan bandar ialah 19 mpg, lebuh raya (28 mpg) dan gabungan kedua-dua, (22 mpg).

MAGIC SLIDE

Honda memperkenalkan ciri baharu Magic Slide pada kerusi barisan kedua yang menawarkan lebih fleksibiliti dan akses mudah ke barisan ketiga, di mana kerusi sangkut (outboard) digelungsurkan dalam lima posisi, walaupun satu atau dua kerusi bayi (jenis hadap belakang) dipasang.

Ciri baharu lain dimuatkan ialah CabinWatch yang membolehkan pemandu dan penumpang depan melihat penumpang di  dua barisan belakang menerusi skrin infotainment 8-inci menggunakan kamera inframerah yang dipasang atas siling. Ini termasuk Sistem Hiburan Belakang (Rear Entertainment System), di mana pemandu boleh bercakap dengan penumpang belakang menggunakan fon kepala wayarles dan jek fon kepala (barisan ketiga).

Antaramuka mesra pengguna dan pantas turut dilengkapkan pada sistem infotainment dengan ciri Apple Car Play dan Android Auto. Menurut Honda, ruang kabin Odyssey (2018) lebih senyap menerusi penambahbaikan rekabentuk badan yang lebih aerodinamik dan penggunaan pengedap tambahan pada cermin dan tingkap depan lapisan akustik, tiga pengedap pada pintu, pembuatan pintu belakang, kuarter belakang dan cermin belakang yang tipis, serta penebat tambahan pada ruang enjin dan fender, termasuk gabus akustik (acoustic foam) di 14 poin struktur badan dengan ciri sistem Kawalan Bising Aktif (Active Noise Control – ANC).

Varian EX dan ke atas akan diberikan aplikasi teknologi pintar Honda Sensing bagi sistem bantuan pemandu sebagai ciri standard seperti kawalan Sistem Pembrekan Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Mitigasi Pelepasan Jalan (RDM) dan Kawalan Jelajah Adaptif.

GALERI

Odyssey 2017

SUMBER: Car Scoops

 

Honda Honda Odyssey (2018) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda henti pengeluaran tiga model EV
Auto Terkini

Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

14/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Roda4

#Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

13/03/2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Roda4

Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.