Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda NT1100 2025 Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tork Lebih Tinggi dan Pilihan Suspensi Showa
Roda2

Honda NT1100 2025 Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tork Lebih Tinggi dan Pilihan Suspensi Showa

Abang HirataBy Abang Hirata02/10/20241 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REKABENTUK motosikal Honda kadangkala dilihat bersahaja dan berbeza daripada jenama Itali dan Jepun sendiri.

Daripada pertanyaan diajukan kepada ChatGPT, rekabentuk Honda lebih kepada minimalisme Jepun dan memang benar jika diperhatikan yang mana gaya sebegitu juga dapat memikat pelanggan di Eropah.

Buat pelanggan di Eropah yang minat mengembara, Honda menawarkan NT1100 pada 2021 sebagai model 2022. Motosikal ini menggabungkan prestasi, pengendalian, keselesaan tunggangan jarak jauh, dan teknologi terkini dalam gaya tourer yang bersahaja.

Gabungan tersebut terbukti popular di Eopah dengan jualan lebih 12,000 unit yang menurut Honda berada di tempat pertama kategori touring pada 2023.

Terbaharu Honda memperkenal Honda NT1100 2025 yang sekali pandang tampat seperti abang atau X-ADV 750 versi kembara.

Rupa depan diubah dengan lampu kembar yang dilengkapi lampu siang (DRL) dan lampu signal belok. Fairing depan juga ditukar dan begitu juga panel sisi yang lebih berbentuk.

Difuser angin atas dan bawah berfungsi seiring untuk perlindungan cuaca yang lebih baik, manakala madgad depan dipanjangkan untuk memberikan fungsi sama.

Visor depan boleh laras menggunakan sebelah tangan, manakala pelana baharu dan lebih besar menawarkan lebih keselesaan untuk tunggangan jauh. Kotak barang sisi juga direka baharu yang setiap satu boleh diisi helmet muka penuh.

Spesifikasi Honda NT1100 2025

  • Enjin dwi-silinder sebaris 1,084cc dengan pakej perubahan baharu pada ambilan, kebuk dan ekzos yang menyumbang kepada 7 peratus lebih daya tork pada julat rendah dan pertengahan.
  • Nisbah mampatan berbeza iaitu 10.5:1 daripada 10.1:1.
  • Output kuasa kekal sama 100.6hp @ 7,500rpm, manakala tork meningkat kepada 112Nm @ 5,500rpm berbanding 105Nm @ 6,250rpm sebelum ini.
  • Kapasiti tangki petrol 20 liter dengan jarak tunggangan hingga 400km.
  • Sistem elektronik turut dikemas kini dengan Unit Unjuran Inersia (IMU) 6-paksi untuk kawalan lebih jitu untuk pelbagai sistem seperti Kawalan Tork Terpilih Honda (HSTC), Kawalan Wheelie 3-tetapan, ABS Belok dan Kawalan Angkat Belakang (RLC).
  • Ciri IMU turut terlibat dalam pengurusan tiga mod tunggang: Urban, Rain dan Tour. Penunggang juga boleh buat tetapan sendiri menerusi dua mod User.
  • Perubahan besar turut merangkumi pilihan suspensi boleh laras elektronik Showa-EERA berbanding Showa standard daripada kilang.
  • Showa-EERA menawarkan absorber dioptimum secara masa nyata dalam semua kondisi tunggangan dan fungsi monoshock boleh laras ketika menunggang.
  • Menggunakan sistem transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan yang juga diubah bagi menambah baik kelancaran dan operasi pada halaju rendah yang dihubungkan dengan IMU untuk anjaka gear intuitif ketika di selekoh.
  • Panel meter TFT 6.5 inci warna penuh menawarkan paparan boleh ubah dan boleh dihubungkan bersama telefon pintar.
  • Grip hendal dengan ciri pemanas turut dipertingkat.
  • Dilengkapi ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), lampu signal belok padam sendiri, dan Signal Henti Kecemasan (ICC) sebagai standard.
  • Ada dua warna baharu: Mat Warm Ash Metallic (kelabu) dan Gunmetal Black Metallic (hitam) selain pilihan sedia ada Pearl Hawkseye Blue (biru).
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
25YM Honda NT1100
Honda Honda NT1100 Honda NT1100 (2025) roda2 touring touring bike
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026

    1 Comment

    1. Magesan NADESON on 23/10/2025 17:24

      where to buy

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.