Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Because of You’ Sempena Ulang Tahun ke-25
Auto Terkini

Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Because of You’ Sempena Ulang Tahun ke-25

SyafieBy Syafie02/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda lancar Kempen 'Because of You'

HONDA Malaysia meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan dengan melancarkan kempen ‘Because of You‘ sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan selama suku abad.

Kempen istimewa itu berlangsung bermula 1 Oktober – 31 Disember 2025 dengan tawaran hadiah cabutan bertuah bernilai hingga RM1 juta, termasuk enam unit model Honda untuk dimenangi!

6 Kereta Honda Menanti Pemenang Bertuah

Hadiah paling besar dalam sejarah Honda Malaysia itu ialah:

  • Honda WR-V RS
  • Honda City RS
  • Honda City Hatchback RS
  • Honda Civic RS
  • Honda HR-V (varian baharu, V)
  • Honda CR-V e:HEV RS

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati rebat Honda Insurance Plus (HiP) sepanjang kempen berkenaan. Pelanggan yang membuat pandul uji atau mendaftar mana-mana model Honda di pengedar sah pula layak menerima penyertaan cabutan bertuah.

Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang membawa pulang kereta Honda idaman. Pemenang akan diumumkan setiap bulan di laman rasmi Facebook Honda Malaysia dan rangkaian pengedarnya.

Program Khas untuk Pelanggan Setia, Kakitangan Kerajaan

Honda lancar Kempen 'Because of You'
Honda lancar Kempen 'Because of You'

Honda Malaysia turut menawarkan pelbagai program ganjaran tambahan sepanjang kempen tersebut, seperti:

i. Honda Loyalist dan Loyalist Plus Programme

  • Rebat tunai atau baucar servis sehingga RM2,000.
  • Terbuka untuk pemilik Honda sedia ada, ahli keluarga (ibu bapa, pasangan, anak), malah pemilik motosikal Honda juga layak!

ii.Upgrader Programme

  • Rebat tunai atau baucar servis sehingga RM1,500 untuk pembelian Honda City dan Honda WR-V.

iii. Government Servant Programme

  • Khas untuk penjawat awam yang membeli Honda City, Civic atau HR-V baharu antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.
  • Layak menerima rebat tunai tambahan RM1,500.

Promosi Lain: Tukar Beli, Pinjaman Fleksibel dan Servis

Sebagai tambahan, Honda Malaysia turut memperkenalkan:

  • Program tukar beli khas melalui Honda Certified Used Cars (HCUC) di pengedar terpilih
  • Pilihan pembiayaan fleksibel untuk mudahkan pelanggan memiliki kereta Honda
  • Diskaun 25 peratus alat ganti terpilih seperti tali sawat alternator, pautan stabiliser, lengan bawah (lower arm) dan absorber

25 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

Ditubuhkan pada 2000, Honda Malaysia berkembang pesat dengan pelbagai pencapaian besar:

  • 2003: Kilang pemasangan tempatan (CKD) di Pegoh, Melaka mula beroperasi dengan model Honda CR-V
  • 2004: Perintis model hibrid di Malaysia menerusi Honda Civic Hybrid
  • 2014: Kapasiti pengeluaran tahunan dipertingkat kepada 100,000 unit dengan pembukaan barisan pengeluaran kedua (No.2 Line)
  • 2021: Mencapat jualan yang ke-1,000,000 (sejuta)
  • 2022: Unit pengeluaran kesejuta dilancarkan dari kilang Pegoh

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, sokongan pelanggan dan Kerajaan Malaysia membolehkan Honda kekal nombor satu dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut.

Kempen 25 Tahun ‘Because of You’ adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia. Semua pencapaian Honda Malaysia tidak akan berlaku tanpa anda.”

Maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh layari www.honda.com.my, kunjungi pengedar sah Honda seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Auto Terkini Because of You Honda Malaysia Kempen Honda Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tanpa Speed Limiter Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat Untuk Veteran ATM

    18/03/2026
    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.